Wednesday, September 16, 2009

Lagu Seventeen - Selalu Mengalah

Lirik Lagu Seventeen - Selalu Mengalah

Jelaskan Padaku Isi Hatimu
Seberapa Besar Kau Yakin Padaku
Untuk Tetap Bisa Bertahan Denganku
Menjaga Cinta Ini

Pertengkaran Yang Terjadi
Seperti Semua Salahku
Mengapa Selalu Aku Yang Mengalah
Tak Pernahkah Kau Berfikir
Sedikit Tentang Hatiku
Mengapa Ku Yang Harus Selalu Mengalah
Pantaskah Hatiku Masih Bisa Bersamamu

Jelaskan Padaku Isi Hatimu
Seberapa Besar Kau Yakin Padaku
Untuk Tetap Bisa Bertahan Denganku
Menjaga Cinta Ini

Mengapa Selalu Aku Yang Mengalah
Tak Pernahkah Kau Berfikir
Sedikit Tentang Hatiku
Mengapa Ku Yang Harus Selalu Mengalah
Pantaskah Hatiku Masih Bisa Bersamamu
2X

powered by lirik lagu indonesia

Lirik Lagu Indonesia Terbaru

Kini barulah aku faham kenapa lelaki itu delicate lagu ni padaku. Kenapa selama ini aku tak faham dgn perasaan dn kesabarannya padaku. 

Emm, biarlah, aku terima segalanya mungkin ini dugaanku sebelum aku menemui cinta yang baru. Cinta yang lebih bermakna dan yang dapat membahagiakanku. Mungkin kalau aku teruskan dengan hubangan itu, aku tidak bahagia. Apa yang ALLAH takdirkan adalah yang terbaik.

Tuesday, September 15, 2009

Dikatakan penipu tp ditipu!


Huhuhu... tak tahu kenapa lelaki tu kata aku ni penipu. Apalah yang aku tipu dia sampaikan dia kata aku ni penipu, aku rasa dia yang tipu aku, terlalu banyak dia tipu aku tapi aku sabar.. Sebab web cam ke? untuk apa aku nak web cam dengan dia, siapa dia dalam hidupku kalau dulu memang dia bererti untukku tapi kini dia tak termasuk pun manusia yang terpenting dalam hidup ini.

Cukuplah, jangan nak tambahkan lagi kelukaan di hati ini. Hatiku terlalu sakit dengan kepergian lelaki yang aku sygi tanpa sebab, tanpa salahku. Tiba-tiba saja dia nak pergi  setelah  dia temui insan lain. Uhh, kuat hati ini ya ALLAH. Aku tak mahu dengan dituduh penipu itu menambahkan lagi luka yang sudah ada di dalam hatiku.

Biarlah, aku redha dan aku pasrah dengan apa yang ALLAH berikan padaku. Aku selalu mendoakan yang terbaik untuk setiap orang yang melukakan hatiku ini. Aku tak mungkin menyimpan dendam pada 2 lelaki itu. Aku mahukan yang lelaki2 itu pernah membahagiakanku itu hidup bahagia. Walaupunkehadiran mereka berdua itu hanya bersifat sementara tapi aku amat bahagia dengan mereka, lagi2 dengan lelaki tinggalkan aku tanpa sebab itu.

Ahh, hidup ini cukup mudah untuk berubah! Aku tak pun terkejut dengan perubahan hidup ini. Aku akan terima segalanya. Aku yakin yang ALLAH hanya mahu mengujiku sebelum aku temui kebahagiaan yang abadi!

Monday, September 14, 2009

Sepi!


Sepi lagi! Sepi kerana lelaki yang diharapkan itu telah pergi dari hidup ini. Memang tak disangka begitu cepat sepi ini kembali di dalam hidup ini setelah 4 bulan ia pergi dari hidup ini. Dah puas menangis kerana sepi datang lagi. Ingat tahun ini segalanya akan berubah dengan kehadiran lelaki itu. Apakan daya hidup ini bukan hak kita walaupun ia milik kita. Huh, sedih dan hampa sekali dengan keadaan ini tapi diri ini akan tabah. Biarlah, mungkin sepi ini akan menghadirkan kebahagiaan yang baru dan selamanya.

Sabarlah... memanglah bukan untuk menerima segalanya tapi nak buat macam mana. Sedih, hanya ALLAH saja tahu. Huh, itu saja yang mampu mulut ini katakan. Malam-malamku tidak seindah malam-malam yang sebelum ini. Ia berubah dengan cara yang tiba-tiba tanpa diri ini tidak tahu apa salah diri ini. 

Cinta yang tidak terucap akhirnya sudah mendapat keputusan yang amat menyakitkan. Sakit hati ini hanya ALLAH saja yang tahu. Indahnya cinta dan rindu  itu tiba-tiba hilang dari hidup ini. Bagaikan mimpi, mimpi yang buruk, mimpi ngeri tapi ia keyataan. Ia benar-benar terjadi. Huh, kadang-kadang tak tahu macam mana nak menerima dan menghadapi keyataan ini. Tiada lagi masage yang berpuluh-puluh receive di ensetku, tiada lagi panggilan yang mewarnakan hari-hari ini. Huh, sesungguh dugaan ini amat kuat.

Rasanya sudah malas untuk menemani kesepian tapi apa yang boleh diri ini lakukan. Huh,hanya kuatkan semangat, tabahkan hati dan yakin diri yang dugaan dan sepi ini hanyalah untuk sementara. Sementara menanti kebahagiaan muncul semula.

Walau apa pun, terima kasih!

Friday, September 11, 2009

memang sah dia bukan milikku lagi! aku tabah utk menerima segalanya.. anyway, thanks cinta kerana bahagiakan aku walaupun seketika! Aku masih kuat tuk menerimanya...
KALAU SI DIA BUKAN HAK KITA, KITA LEPASKAN JE.. BIAR DIA MENCARI KEBAHAGIAAN LAIN MUNGKIN KITA TAK MAMPU UNTUK MEMBAHAGIAKANNYA.. KELUKAAN ITU AKAN LEBIH MENDEKATKN KITA DGN ALLAH!
Insya ALLAH, insan yang kuat akan menerima segala yang diuji, biarlah mungkin ada hikmahnya. Hidup ini bukannya selalu indah. Tapi, tak sangka ia berubah dalam sekelip mata tanpa tak tahu apa silapnya. Malang sangatke diri ini di dunia ini? Berat sungguh keadaan ini untuk menerimanya tapi apakah daya untuk melawan keadaan ini. Redha sajalah. Mungkin dia bukan yang terbaik dan mungkin dia bukan insan yang dicipta untuk hidupku. Tak pelah, ALLAH selalu ada bersama orang yang terluka. Pasrah saja dengan apa yang terjadi. Percayalah ia akan diganti dengan suasana yang lebih bermakna. Jangan putus asa untuk mengharap. Setidak-tidaknya kehadirannya bertambahkan pengalaman di muka bumi ALLAH ini.

Saturday, September 5, 2009

AYAT KURSI MENJELANG TIDUR

Abu Hurairah r.a. pernah ditugaskan oleh Rasulullah S.A.W untuk menjaga gudang zakat di bulan Ramadhan. Tiba-tiba muncullah seseorang, lalu mencuri segenggam makanan. Namun kepintaran Hurairah memang patut dipuji, kemudian pencuri itu kemudian berhasil ditangkapnya.

"Akan aku adukan kamu kepada Rasulullah S.A.W," gertak Abu Hurairah.

Bukan main takutnya pencuri itu mendengar ancaman Abu Hurairah, hingga kemudian ia pun merengek-rengek : "Saya ini orang miskin, keluarga tanggungan saya banyak, sementara saya sangat memerlukan makanan."

Maka pencuri itu pun dilepaskan. Bukankah zakat itu pada akhirnya akan diberikan kepada fakir miskin ? Hanya saja, cara memang keliru. Mestinya jangan keliru.

Keesokan harinya, Abu Hurairah melaporkan kepada Rasulullah S.A.W. Maka bertanyalah beliau : "Apa yang dilakukan kepada tawananmu semalam, ya Abu Hurairah?"

Ia mengeluh, "Ya Rasulullah, bahawa ia orang miskin, keluarganya banyak dan sangat memerlukan makanan," jawab Abu Hurairah. Lalu diterangkan pula olehnya, bahawa ia kasihan kepada pencuri itu,, lalu dilepaskannya.

"Bohong dia," kata Nabi : "Pada hala nanti malam ia akan datang lagi."

Kerana Rasulullah S.A.W berkata begitu, maka penjagaannya diperketat, dan kewaspadaan pun ditingkatkan.Dan, benar juga, pencuri itu kembali lagi, lalu mengambil makanan seperti kelmarin. Dan kali ini ia pun tertangkap.

"Akan aku adukan kamu kepada Rasulullah S.A.W," ancam Abu Hurairah, sama seperti kelmarin. Dan pencuri itu pun sekali lagi meminta ampun : "Saya orang miskin, keluarga saya banyak. Saya berjanji esok tidak akan kembali lagi."

Kasihan juga rupanya Abu Hurairah mendengar keluhan orang itu, dan kali ini pun ia kembali dilepaskan. Pada paginya, kejadian itu dilaporkan kepada Rasulullah S.A.W, dan beliau pun bertanya seperti kelmarin. Dan setelah mendapat jawapan yang sama, sekali lagi Rasulullah menegaskan : "Pencuri itu bohong, dan nanti malam ia akan kembali lagi."

Malam itu Abu Hurairah berjaga-jaga dengan kewaspadaan dan kepintaran penuh. Mata, telinga dan perasaannya dipasang baik-baik. Diperhatikannya dengan teliti setiap gerak-geri disekelilingnya sudah dua kali ia dibohongi oleh pencuri. Jika pencuri itu benar-benar datang seperti diperkatakan oleh Rasulullah dan ia berhasil menangkapnya, ia telah bertekad tidak akan melepaskannya sekali lagi. Hatinya sudah tidak sabar lagi menunggu-nunggu datangnya pencuri jahanam itu. Ia kesal. Kenapa pencuri kelmarin itu dilepaskan begitu sahaja sebelum diseret ke hadapan Rasulullah S.A.W ? Kenapa mahu saja ia ditipu olehnya ? "Awas!" katanya dalam hati. "Kali ini tidak akan kuberikan ampun."

Malam semakin larut, jalanan sudah sepi, ketika tiba-tiba muncul sesosok bayangan yang datang menghampiri longgokan makanan yang dia jaga. "Nah, benar juga, ia datang lagi," katanya dalam hati. Dan tidak lama kemudian pencuri itu telah bertekuk lutut di hadapannya dengan wajah ketakutan. Diperhatikannya benar-benar wajah pencuri itu. Ada semacam kepura-puraan pada gerak-gerinya.

"Kali ini kau pastinya kuadukan kepada Rasulullah. Sudah dua kali kau berjanji tidak akan datang lagi ke mari, tapi ternyata kau kembali juga. Lepaskan saya," pencuri itu memohon. Tapi, dari tangan Abu Hurairah yang menggenggam erat-erat dapat difahami, bahawa kali ini ia tidak akan dilepaskan lagi. Maka dengan rasa putus asa ahirnya pencuri itu berkata : "Lepaskan saya, akan saya ajari tuan beberapa kalimat yang sangat berguna."

"Kalimat-kalimat apakah itu?" Tanya Abu Hurairah dengan rasa ingin tahu. "Bila tuan hendak tidur, bacalah ayat Kursi : Allaahu laa Ilaaha illaa Huwal-Hayyul Qayyuuumu….. Dan seterusnya sampai akhir ayat. Maka tuan akan selalu dipelihara oleh Allah, dan tidak akan ada syaitan yang berani mendekati tuan sampai pagi."

Maka pencuri itu pun dilepaskan oleh Abu Hurairah. Agaknya naluri keilmuannya lebih menguasai jiwanya sebagai penjaga gudang.

Dan keesokan harinya, ia kembali menghadap Rasulullah S.A.W untuk melaporkan pengalamannya yang luar biasa tadi malam. Ada seorang pencuri yang mengajarinya kegunaan ayat Kursi.

"Apa yang dilakukan oleh tawananmu semalam?" tanya Rasul sebelum Abu Hurairah sempat menceritakan segalanya.

"Ia mengajariku beberapa kalimat yang katanya sangat berguna, lalu ia saya lepaskan," jawab Abu Hurairah.

"Kalimat apakah itu?" tanya Nabi.

Katanya : "Kalau kamu tidur, bacalah ayat Kursi : Allaahu laa Ilaaha illaa Huwal-Hayyul Qayyuuumu….. Dan seterusnya sampai akhir ayat. Dan ia katakan pula : "Jika engkau membaca itu, maka engkau akan selalu dijaga oleh Allah, dan tidak akan didekati syaitan hingga pagi hari."

Menanggapi cerita Abu Hurairah, Nabi S.A.W berkata, "Pencuri itu telah berkata benar, sekalipun sebenarnya ia tetap pendusta." Kemudian Nabi S.A.W bertanya pula : "Tahukah kamu, siapa sebenarnya pencuri yang ertemu denganmu tiap malam itu?"

"Entahlah." Jawab Abu Hurairah.

"Itulah syaitan."

Fasha Sandha...

Minat sangat kat Fasha ni, tapi yang membuat aku tak faham kenapa orang ramai sangat benci dia. Apalah yang Fasha ni buat sampaikan ramai yang nak hentam dia. Kalau dia jahat sekalipun dia tak pernah kacau orang. Gosip pasal dia, emm, tak boleh percaya sangat.
Aku suka Fasha, dia cantik dan berbakat besar. Aku harap Fasha jangan berhenti dari dunia lakonan ni, dahlah Malaysia ni kurang pelakon yang berbakat!

Fasha di macam-macam Aznil,aku tengok tapi dalam keadaan yang xde mood.

Ada beberapa versi yang saya dengar. Samada disebabkan oleh saya tersilap dengar, kawan saya tersilap dengar, atau Fasha berubah ubah statement-nya, saya tak dapat pastikan.
Bertunang bulan September, kahwin Januari
Bertunang bulan November, kahwin Januari

Tarikh perkahwinan
20.1.2010 atau
1.1.2010

Fasha juga pernah bersumpah dengan nama Allah kepada rakan saya bahawa bakal suaminya bukan duda. Tetapi Fasha juga dahulu pernah bersumpah dengan nama Allah yang dia tidak memaki hamun wartawan Kak Raja tetapi Kak Raja tetap mengatakan beliau berbuat begitu dan menuduh Fasha plastik dan pembohong.


Fasha sebenarnya sebelum ini beberapa kali digosipkan dengan suami atau boyfriend orang. Antaranya,
Yusry KRU
Hans Isaac
Pierre Andre
Datuk Shafik
Farid Kamil
Saiful Apek

Pada pendapat saya , Fasha hanya ada hubungan intim dengan Yusry, Hans dan Farid Kamildan tidak dengan yang lagi 3. Hans mungkin hendak membalas dendam kepada Erra Fazira yang menolaknya untuk bersama Tengku Emran dengan mengadakan hubungan dengan Fasha yang dikatakan penyebab keruntuhan perkahwinan Erra dan Yusry. Dikatakan kini Yusry tidak bercakap dengan Fasha. Sewaktu penggambaran Cicakman 2 Fasha jelas tertekan dan tidak menghadiri sidang media filem tersebut.

Saya kemudian mendapat tahu bahawa bakal suaminya ialah Qabil Ambak. Qabil Ambak ialah seorang equestarian negara. Websitenya ialahhttp://www.qabilambak.com Adik beradiknya juga terlibat dalam Equestarian. Quzandria dan Quzier http://3qequestrian.com/

Ayah beliau ialah Dato Haji Mahamad Fathil bin Dato Mahmood, CEO kepada Pelasari,http://www.bumiarmada.com/default.asp?cid=17&cat_type=corporate&scid=47 dan dikatakan mempunyai hubungan bekas PM , Abdullah Badawi.

Fasha diperkenalkan kepada Qabil oleh Rizal. Rizal dan Quzier adalah kawan baik, bermain polo bersama, dan pernah merasmikan kelab malam menghidangkan arak terkenal 3 Lounge dekat ASIAN HERITAGE ROW JALAN DORAISAMY.

Fasha kemudian dikatakan bermain kayu tiga dengan Rizal dan Qabil. Gossip mengatakan bahawa Qabil pernah menyuruh Fasha memilih antara dia dan Rizal dan Fasha telah memilih Rizal.

Tetapi apabila Nora melahirkan anak, dan Nora ada memberitahu Harian Metro bahawa mentuanya tidak menerima Fasha, terjadi pergaduhan antara Rizal dan Fasha. Fasha kemudian telah bertindak mengambil pil penenang berlebihan dan telah dihantar ke Damansara Specialist Hospital.

Saya berada di situ dan pekerja di situ mengesahkan perkara ini.

Mengikut gossip, orang yang menghantar Fasha ke Hospital ialah Qabil dan bukan Rizal.

Jadi saya pun percaya hubungan Fasha dengan Rizal telah berakhir dan dia akan berkahwin dengan Qabil . Budak-budak dekat KUASATEK awal- awal lagi memberitahu yang Fasha dan Rizal masih keluar bersama, tapi pada awalnya saya tak percaya.

Persoalannya mengapakah Qabil membiarkan Fasha bersama dengan Rizal ? Malah Fasha pernah dilihat bersama Qabil di satu event dan Rizal juga ada disitu.

Mengapakah Qabil tidak berasa cemburu ?

Atau mungkinkah Rizal dan Fasha hanya kawan rapat ? Dan Qabil tahu mereka tidak ada apa apa hubungan melainkan kawan rapat ? Susah untuk saya mempercayai ini, tak mungkin Nora Danish juga boleh tersilap cemburu buta. Malah ada cerita mengatakan mereka ini pernah dilihat berkucup dalam kereta.

Atau Fasha mengada adakan cerita dia akan berkahwin ? Mungkinkah Fasha sanggup bersumpah dengan nama Allah untuk menipu ? Membeli cincin sendiri? Saya rasa tidak.

Mungkinkah Qabil akan berpura-pura berkahwin dengan Fasha untuk menutup kontroversi Fasha dan Rizal. Qabil is doing Jejai and Fasha a favour, after all they are good friends. Dan Qabil memang prihatin terhadap Fasha, takut Fasha ter-overdose sekali lagi.

Ini sebenarnya bukanlah kali pertama Fasha cuba membunuh diri. Fasha pernah malu kerana mengaku ada hubungan dengan Tengku Ismail , anak Tengku Mahkota Johor, tetapi hubungan itu tak kesampaian. Dikatakan Fasha mahu membunuh diri dengan terjun tingkap dan Michelle dari rancangan Melodi pernah bertanya kepada beliau mengenai perkara ini.

Fasha juga mempunyai masalah ketagihan arak dan dadah. Fasha pernah ditangkap dalam satu serbuan ke atas premis yang mempunyai dadah ganja.


Fasha pernah diterjah sekumpulan media termasuk wartawan terkenal Zubir di Restoran Ole-Ole Sunway Pyramid dan dituduh pemabuk di depan khalayak ramai.

Fasha kini mengambil seorang bukan ISLAM, Jane Thomas sebagai PA-nya. Kereta BMW Fasha juga dikatakan di tarik balik. Rizal menggunakan BENTLEY GT Mulliner.

Terbaru dikatakan Fasha dan Jejai bersama didalam kereta Bentley dan kemudian bergaduh dengan sekumpulan perempuan asing. Fasha telah ditampar oleh seorang dari mereka, dan kemudian Rizal telah menampar balik muka perempuan caucasian tersebut.

Fasha memang terkenal dengan panas barannya. Dia kadang kala bergitu sopan sekali, tapi boleh dengan tiba tiba meletup, memarahi sesorang hanya perkara perkara kecil terutama’nya ketika beliau mabuk.

Dan disebabkan itulah beliau diboikot oleh wartawan, apabila memaki gosip kolumnis Kak Raja apabila Kak Raja menulis gossip diri’nya dengan Bard R1. Sewaktu itu beliau mengadakan hubungan dengan Tengku Imran. Beliau mahu mahu menjaga hubungannya dengan Tengku dan takut gossip itu menyebabkan Tengku Ismail meninggalkannya. Malah beliau berkata “My boyfriend is somebody okay ”



Al-kisahnya, begitu’lah kronologi seorang ahli pemikir artis dari Forum Cari, mhas2 yang sentiasa menyiasat gossip & kisah hidup Fasha Sandha.

Thursday, September 3, 2009

Apa itu cinta...




Bahagiake hidup ini dengan cinta? Perlu sangatkah cinta itu? Kenapa kalau tiada cinta hidup ini suram ke? Entahlah, hidup ini sukar untuk kita mengamalkan. Ia boleh berubah dalam sekelip mata dan tak sampai seminit pun ia akan berubah. Berubahan itu ada kemungkinan besarnya kerana cinta. Cinta boleh pengaruhi kehidupan, cinta boleh membahagiakan sesorang itu dan cinta itu juga akan menghadirkan luka di dalam sesebuah kehidupan.
Apa itu cinta... Kehidupan tanpa cinta... Mungkin kehidupan ini tanpa cinta akan menjadi alpa,kusam dan tak bermaya... Ahh, buat apa kalau ada cinta pun kalau ia menyusahkan. Cinta itu bukanlah pekara yang terpenting di dalam kehidupan ini. Tak usah susah hati kalau tiada cinta di hati, mungkin kalau tiada cinta itu akan lebih bahagia.
Apa itu cinta, cinta suatu yang indah,yang mendamaikan, yang boleh memebuat hidup ini ceria, dan dengan cinta akan wujudkan suasana yang amat membahagiakan. Tapi, sampai bila cinta itu akan bertahan? Cinta,cinta dan cinta tak selalunya indah. Ia akan berubah mengikut hati dan masa, hati, sampai bilalah hati itu boleh kekal, akan berubah juga hati itu mengikut masa.
Apa itu cinta? I love U... Aku cinta padamu... Saya sayang Awak... ahh, itu ayat manis mula bercinta saja, lepas itu hilanglah...
Apa itu cinta hanya orang yang sedang bercinta saja akan tahu erti cinta yang sebenarnya..

Tuesday, September 1, 2009

handset rosak!!!


Ish.. tension klu handset rosak... dah lah xde duit.. nak main massage pun susah.. asyik mati... mati... dan mati. kena charge selalu klu tak charge memang jangan harap boleh guna.. dah macam telefon umah aku rasa.. Huh, tension... da baiki, da habis RM 95.00 da aku repair bulan 6... da 5 tahun guna handset ni. Memang minat gila dgn handset ni... Tapi, sekarang da rosaklah..

Nak Iphone.. suka dgn bentuk dia, aneh 4segi panjang... aku ni bkn kaki tukar handset tp dgn Iphone ni aku terpikat pulak tp jgn harap nk dpt.. 3ribu lebih tuh..
suka Iphone tapi mimpi je lah dapat.. jgn haraplah.. xusah kau mimpi.. repair je la.. Nokia 3230 tuh.. tension... tension... dgn handset ni!

Sinopsis; Tercipta Cinta Untuknya

Sebagai perempuan nak macam mana pun kena simpan dalam hati. Nak mengaku malu nanti mamat tu tak nak malu gila beb, mana nak letak muka ni. Cinta separuh jiwa pun kalau lelaki itu tak nak, perempuan nak buat macam mana? Adakah malang menjadi perempuan ini? Malang sebab tiada kekuatan untuk memulakan hubungan cinta. Alah, tak kan malang hanya kerana itu. 

Dira... dia terlalu menyinta Rizal. Sudah 2 tahun dia terjatuh cinta pada Rizal. Tapi, sayangnya cinta itu tidak pernah diluahkan. Dan kini, mereka sudah berkawan rapat. Boleh dikatakan terlalu rapat tapi soal cinta tidak pernah mereka ungkapkan. Hubungan mereka hanyalah kawan biasa yang tidak lebih dari itu. Tapi, dalam masa yang sama Dira mengharapkan lamaran dari Rizal.

Setiap malam Dira merindui Rizal. Kalau sehari tidak mendengar suara Rizal, dia bagai hilang arah. Tapi, keegoaan mengatasi segalanya. Dira terlalu ego. Dira nak menghubungi Rizal pun berfikir 2, 3 kali, bukan nak call aje, nak bagi massage pun dia menunggu Rizal yang bagi dulu. Dia malu bukannya ego.. Entahlah! Sebagai perempuan, rasanya macam tak sopan untuknya memulakan  langkah di dalam cinta. Arhg, biarlah kalaulah Rizal cintakannya pasti cinta Rizal itu akan jadi miliknya.

Ego... baiklah ego daripada memalukan diri.. Ego atau keras kepala sama je.. itu sifat yang mungkin sukar utk memiliki kebahagiaan... entahlah... Bukan senang untuk menjalin ikatan cinta. Cinta dan ego itu dah malas nak fikir. Dah tak kuasa lagi nak fikir, serah jelah pada ALLAH, kalau ALLAH izinkan bahagia dan aku dgn dia bersatu insya ALLAH. Kalau tak mungkin ada kebahagiaan lain.
Kalau Dira itu secantik merak putih ni boleh jugalah nk ngorat Rizal ataupun Rizal mesti tak akan lepaskan dia sebab dia ni cantik.. Tapi, ni apeh. Dira takut kalau-kalau kasihnya xberbalas dan yg paling dia takut kalau Rizal hilang dari hidupnya. Tak pelah, walaupun xada ikatan cinta tp mereka selalu brhubung... Apa yang sering Dira ingatkan pada dirinya 'kalaulah dia xnk aku xkan lah dia selalu bagi msg padaku.. emm, entahlah hanya ALLAH yg tahu..

Bagi Dira, hidupnya tak mungkin sepi dengan adanya Rizal. Hari-harinya dilangitkan dengan keceriaan dengan kehadiran Rizal. Massage Rizal ada aje yang membuat Dira tersenyum bahagia. Rizal semangatnya di saat ini. Dia mahu sangat untuk bersama Rizal disepanjang hidupnya tapi boleh ke? Ahh, hanya ALLAH saja yang tahu..

Dalam diam Dira amat cintakan Rizal. Tapi, mungkinkah Rizal juga cintakan Dira? Dan,mungkin juga Dira hanyalah sekadar teman sebelum Rizal temui gadis yang dicintainya...

Bagaimana untuk Dira mempamerkan sayangnya kepada Rizal? Dapatkah kasih dan cinta Dira menjadi miliknya?