Friday, October 30, 2009
Tak ada mood
Thursday, October 29, 2009
Daftar; Agensi Villa Aksara: Bengkel Asas Penulisan Skrip Drama TV - 2010
Aku mengambil tempat untuk ke Agensi Villa Aksara: Bengkel Asas Penulisan Skrip Drama TV - 2010. Aku mahu mendalamkan lagi dunia sasteraku. Aku cuba untuk menghadirinya, sudah lama aku menanti peluang ini, kali ini tidak akanku lepaskan.
Wednesday, October 28, 2009
Sudah dapatkan.
Penulis: Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Haji Musa, Abdul Hamid Mahmood
Penerbit: DBP
Harga Buku: RM40.00
BUKU ini merupakan pembaikan pada terbitan yang terdahulu di bawah tajuk Tatabahasa Dewan Edisi Baharu. Dalam edisi ini, terdapat pertambahan dua unsur, iaitu kata adverba dan wacana. Buku ini ialah hasil kajian tatabahasa bahasa Melayu yang komprehensif dan menjadi pegangan para guru, pensyarah, penulis, pegawai dan pengguna bahasa Melayu yang ingin mendalami pengetahuan mereka tentang tatabahasa bahasa Melayu. Kandungan buku ini memberi tumpuan pada aspek pembentukan perkataan dan pembinaan ayat.
Buku ini aku dapat di lumut, Perak. Aku pergi ke sana bersama familyku. Rumah Kak Nurku di sana, kebetulan minggu itu abang iparku tak boleh balik ke Shah Alam. Jadi, kami sekeluarga ke sana untuk berhujung minggu di rumah Kak Nur.
Di kedai yang aku beli buku ini memang besar, dari dulu lagi aku nak ke kedai buku itu. Yalah, aku ni kan pantang tengok kedai buku. Aku sukakan buku. Bila dengan buku aku akan leka.
Aku dah mendaftar
Aku sudahpun mendaftar untuk ke bengkel penulisan yang diajurkan oleh AVA. Tak sabar rasanya untuk menghadiri bengkel ini. Aku mahu mengasah dan mengajamkan bakat dan kerjayaku ini (itu pun klu aku ini berbakat)
Aku mahu berlajar tentang teknik-teknik penulis novel yang bagus. Pasti dengan bengkel ini akan membantuku untuk berkarya.
Siapa yg berminat untuk menghadiri bengkel ini silalah mendaftar dihttp://ejenmanuskrip.blogspot.com
Sunday, October 25, 2009
Kalau kasih terputus bolehkah disambung kembali
Untuk sambungkan kasih itu kembali mungkin ia tidak sekukuh dulu. Mungkin kasih itu diikat kembali, ia tidak berseri lagi. Bukannya hati itu mati dalam cinta tapi hati itu mahu mencari sesuatu yang pasti, sesuatu yang boleh membahagiakannya untuk selama-lamanya.Jangan ditanyakan kenapa hati ini begitu keras untuk rujuk kembali. Sesungguhnya hati sudah puas untuk bersabar dan sudah puas untuk mencari kebahagiaan. Kalau kasih yang terputus disambungkan kembali mungkin ia tidak sekuat dulu dan ia mungkin akan senang rapuh. Jangan mencuba sesuatu yang tidak pasti akan kebahagiaannya. Biarlah cinta itu pergi. Berikanlah peluang untuk cinta menemui kebahagiaan yang baru.
Mungkin dengan cinta yang lama itu sudah hilang dalam fana cinta, ya cinta itu sudah hilang. Hilang disebabkan tiadanya kesungguhan, hanya dengan kata-kata mungkin sesiapa pun yang boleh mengucap sinar pengharapan itu. Hati ini sudah puas untuk meneka segalanya yang akan terjadi dalam fana cinta itu tapi tekaan itu selalu salah jadi sudah malas untuk meneka.
Mana mungkin cinta yang telah putus, diikat kembali. Kalau tali mungkin ikatan pada tali itu tidak akan kuat. Kalau kaca pecah tapi dicantumkan kembali mungkin kaca itu tidak lagi secantik yang dulu.
Perpisahan itu mungkin akan memberi perluang untuk mencari cinta dan kebahagiaan yang lain. Lupakanlah kisah cinta yang dulu mungkin jodoh sudah tiada dengan cinta yang dulu. Kuatlah hati ini yang sedang mencari cinta yang baru, cinta yang lebih membuat hidup ini bererti dengan kebahagiaan bukannya dengan kelukaan.
Thursday, October 22, 2009
Cuba siapkan cerpen
Hari ini try nak siapkan 3cerpen. Aku akan cuba siapkan dan aku akan emailkan terus cerpen aku itu ke AVA. Dalam fikiranku ini terlalu banyak idea untukku berkarya. Cerpen yang mahu aku siapkan bertajuk Siapalah Aku Di Matamu, Masihkah Cintanya Untukku dan Semewah cinta. Yakin yang aku akan siapkan cerpen ini. Dalam masa yang sama aku akan edit manuskrip, 2 manuskrip yang hendak aku editkan. Walaupun edit mengedit ini benda yang amat memeningkan kepalaku tapi aku kena buat juga. Ini kerjaya aku... ini yang aku mahukan... ini impianku... aku mahu teruskan karya-karyaku. Aku tenang begini, hidup dalam alan fantasi, menahan lapar takut idea tu hilang. Aku amat leka berkarya. Lagi-lagi kalau karyaku itu berkisahkan cinta, uhh, lagilah buatku asyik.
Salam...
siapkan manuskrip Cintaku hanyalah satu
Dah sebulan edit manuskrin Cintaku Hanyalah Satu tapi masih ada yang xpuas hati. Emm, tak perlah... akan usaha untuk betulknnya.
CINTAKU HANYALAH SATU…
Cinta itu hanyalah satu.Tiada dua ataupun tiga. Hanya kerana cinta itulah membuat hidupku terasa amat indah. Janganlah cuba untuk merosakan cintaku yang satu itu. Kerana cintaku itu terlalu suci buat orang yang aku cintai. Cintaku hanyalah satu.
ANNE KASIH MUSTAFFA
Monday, October 12, 2009
Cita-cita lebih penting dr cinta
Buat masa ni, hidup ini lebih pentingkan soal cita-cita dan kerjaya. Mahu jadi penulis yang dikagumi, mahu mewarnai dunia kesasteraan, mahu impian jadi keyataan. Setiap 3 bab akan disiapkan dan sebab itu dah lama tak up datekn blog. Ini pun curi masa sikit. Terlalu untuk berkongsi cerita di blog ini tapi belum ada kesempatan.
Tentang cinta, buat masa ini diabaikan. Malas nak fikir, bukan tak nak untuk dicintai dn menyinta tapi dah puas mencari cinta yang sejati itu. Pengalaman dengan 'Z' cukup mengajar apa sebenarnya cinta. Cukup terluka dan rasa buat masa biarlah cinta itu pergi.
Yang terlalu penting kerjayaku dan impianku. Mahu siapkan manuskrip dan novel. Cerpen pun masih banyak yang tak siapkan dan masih banyak yang xsend lg..