Saturday, January 29, 2011

Anne kasih di usia 30 tahun


Hehehe sudah 30 tahun. 30 Tahun okey, sudah tua, sudah dewasa dan sudah matang, tapi apa yang sudah, rasanya tak sudah pun. Tak tua pun, kalau org tengok Anne kasih, jangan harap org akan kata Anne Kasih ni 30 tahun, kalau Anne Kasih cakap pun org akan terkejut dan orang tu akan kata, ya ke? Memang ya pun, Anne Kasih dah tua lah.. hehehehe... Tua ke???
Tua pun tak kahwin lagi, anak dara tua! Kahkahkahkah... tak sangkakan Anne kasih lewat bertemu jodoh. Tulah, bercinta bagai nak rak, tapi hampeh the mampas, itu perkataan yang anne kasih reka sendiri dan suka cakap ayat tu. Alah, jodoh ni kerja Allah, doa banyak-banyak moga-moga dapat bertemu jodoh dengan lelaki yang baik, cukup solat, romantik, faham jiwa, kelakar macam JOZAN dan manis hehehehe gatai!
Jodoh pasti ada, jangan risau! Pasti ada yang terbaik untuk anne kasih. Jangan bimbang.
Yang harus di difikirkan tentang kerjaya dan tentang yang boleh anne kasih usaha dengan tekun dan terus berusaha. Ya, kerjaya.. Kerjaya amat penting di dalam usia 30 tahun. Orang lain, 30 tahun dah berjaya dengan cemerlang dan gemilang, tapi anne kasih? Tak apalah tuah dan rezeki orang lain, yang penting jangan berputus asa dan tingkatkan usaha, ya anbe kasih! Teruskan usaha dan terus berkarya!

Sunday, January 23, 2011

Belum sempat dan tiada masa untuk bersama blog

Cousinku suruh aku update blog, jadi aku updatelah sikit. Lately sibuk sangat, tak mahu sibuk untuk apa tapi yang pasti aku amat sibuk. Aku menyiap manuskrip aku yang kedua, mungkin itu yang buat aku sibuk.
Berfb? Aku online je, tp tak seriang dulu di Fb mungkin sudah bosan berFB dan mungkin jiwa tengah kacau. Yaler kacau dah nak masuk 3+0=30 thn. OMG 30thn? Tidak! itu hanya diangka saja, klu org tengok wajah aku jangan harap org nak percaya aku 30 thn, 13 thn adalah kahkahkahkah.. 13 thn? melebih perasan tu, 23 thn sudahhh.
Aku takde mood sebenarnya nak update blog, sungguh takde mood. Untuk lari dr moody itu, aku bangun pukul 11.30 pg. Aku jemur kain, lipat kain, masak, basuh pinggan dan main dgn Muqri... pukul 2.30 ptg baru aku menulis.
Dah lewat menulis, so aku kejar masa untuk siapkan 5page sebelum malam. Malam pulak tgk TV. 11.00 mlm baru aku memula menulis lagi, kejar masa lagi untuk siap 5page. Dgn itu, aku tiada masa untuk menulis diruang miakasih ini.
Aku choww dulu. Nnt ada luangan masa, aku cuba update lagi!

Tuesday, January 18, 2011

Bkn malas tp selalu tak ingat

Bukan saya malas untuk mencoret di sini, tapi selalu tak ingat dan tak ada kesempatan. Masa terlalu laju sehinggakan sukar untuk saya kejar. Masa yang ada saya tumpukan pada novel saya di window microsoft word

Di window microsoft word membuat saya leka dan kalau saya edit novel sy lagilah saya akan bertambah leka. Saya akan menulis apa sahaja yang saya rasa dan kadang kalanya leka itu membuat saya lupa untuk makan.

Dengan melayan alam fantasi saya, saya dapat melupakan masalah dalam alam realiti saya. Masalah saya teramatlah banyak dan macam-macam yang saya harus fikirkan. Masalah saya, jadi sayalah yang harus harungi dengan tenang, setenang yang mungkin. Jangan mengalah pada masalah dan setiap masalah pada ada penyelesaian. Kuat dan tabah, itu amat penting untuk ANNE KASIH MUSTAFFA.

Di Laman Facebook pula membuat saya riang. Di sanalah saya berbual dan bergurau dengan rakan-rakan yang sedia ada dan yang baru dijumpai setelah berkurun lama tidak berjumpa. Kawan sekolah permatang pasir, kwn yang amat lama hilang dari hidup saya dan kini ada kembali, alhamdulillah, mereka masih ingat pada saya.

Saya akan cuba untuk luangkan sesikit saya di sini tapi saya tak janji ;)

Wednesday, January 12, 2011

dah tahun baru.. tp!

Tahun baharu! Tahun 2011 tapi saya tetap begini, tiada yang berubah. Bukan saya tak cuba untuk ubahkan kehidupan saya, saya sudah banyak kali ubah hidup saya, tapi Allah masih tak izinkan berubahan hidup saya dan saya terima dengan redha. Tak apalah setidak-tidaknya saya masih menjalani kehidupan ini.
Saya tidak akan berputus asa dan saya akan terus bersemangat.
Tentang karya saya, saya akan terus berjuang dan saya akan menulis tanpa rasa jemu. Saya yakin dan sepenuh keyakinan saya yang saya akan berjaya. Saya akan berlipat gandakan usaha saya ini. Berputus asa saya akan detele dalam kamus hidup saya.
Saya akan dapat sesuatu di dalam tahun 2011. Saya bernekad dan akan terus berjuang!