Tuesday, June 30, 2009

Sibuk... alasan yang terbaik


Sibuk... Buzy... Banyak kerja...
Itu asalan yang baru, alasan yang pd mulanya aku blh terima, alasan yg aku cuba fahami, alasan yg aku percayakan situasi yg dia sibuk, aku tahu dia sibuk dan alasan sibuk itu menjelaskan dia benar2 sibuk..."jgn la majuk. Sy sibuk sikit. jgnlah pikir bukan2 ok." rasanya da 4 kali aku dpt msg tu... sibuk... sibuk sampaikan xsempat nak rindu kat aku, rindu... klu dia rindu dia akan call aku tapi apeh... Sy sibuk.. sy sibuk.. tolonglah faham... aku boleh faham dan aku cuba faham tapi dalam perhubungan klu sibuk mcm mana pun kita akan rindukan pasangan kita, ini tak! Dah lama dia tak call aku... aku tunggu tapi dia xcall.. ahh, aku ambil kata putus biar je lah. Aku malas nk pikir... Tak patutlah aku kusutkan fikiran hanya kerana lelaki. Dan aku pun xpasti lg yg dia sygkn aku pun x... Dalam fikiran dn hatiku aku masih sygkn dia so aku tunggu jelah bila dia tak sibuk. Tp sakit hati...
Huhuhu... aku sabar je dgn keadaan ini. Memang sakit hati, sakit sangat2 tp kalau org nk berubah aku nak buat macam mana. Alasan sibuknya itu xmembantu lagi. Hatiku dah sakit dgn alasan itu.Aku dah muak, dah jelek, dah menyampah dgn alasan itu. Buzy,sibuk,apa lagi alasan yg dia nk bg... huh mungkin alasan itu tidak membantu lg dlm hubungan kami. Aku dah alpa sangat dgn keadaan yg dia ciptakan ini. gugur sekali lagi impianku. Sedih tapi aku kena kuat. Aku bukannya seorang yg lemah. Biarlah dia berlalu dlm hidupku. Pelangi cinta, pelangi itu akan hilang bila matahari keluar cahayanya. Dan, aku simpulkan kata-kata ini yg mungkin aku ni pelangi dlm hidupnya dan aku akan hilang dia dan mungkin dia sudah temui cahaya matahari yg dia cari selama ini.
Biarlah... ini dugaan hidup sebelum aku temui kebahagiaan yang abadi. Insya ALLAH aku masih kuat untuk menerimanya. Hatiku sakit kerana alasan sibuk itu. Biarlah! Mungkin mulai saat ini aku nk let go je tu. Klu dia ada aku terima dgn keikhlasan hatiku ini tp klu dia terus berlalu pergi biarlah. Dia kan sibuk.. Biar dia sibuk mencari kebahagiaannya sendiri. Aku redha.

Kehidupan...

Ketika satu pintu kebahagiaan tertutup, pintu yang lain dibukakan. Tetapi sering kali kita terpaku terlalu lama pada pintu yang tertutup sehingga tidak melihat pintu lain yang dibukakan bagi kita.

Ø Seseorang manusia harus cukup rendah hati untuk mengakui kesilapannya, cukup bijak untuk mengambil manfaat dari pada kegagalannya dan cukup berani untuk membetulkan kesilapannya.

Ø Dalam hidup, terkadang kita lebih banyak mendapatkan apa yang tidak kita inginkan. Dan ketika kita mendapatkan apa yang kita inginkan, akhirnya kita tahu bahwa yang kita inginkan terkadang tidak dapat membuat hidup kita menjadi lebih bahagia.

Ø Jadikan dirimu bagai pohon yang rindang di mana insan dapat berteduh. Jangan seperti pohon kering tempat sang pungguk melepas rindu dan hanya layak dibuat kayu api.

Ø Bermimpilah tentang apa yang ingin kamu impikan, pergilah ke tempat-tempat kamu ingin pergi. Jadilah seperti yang kamu inginkan, kerna kamu hanya memiliki satu kehidupan dan satu kesempatan untuk melakukan hal-hal yang ingin kamu lakukan.

Ø Doa memberikan kekuatan pada orang yang lemah, membuat orang tidak percaya menjadi percaya dan memberikan keberanian pada orang yang ketakutan

Ø Janganlah berputus asa, tetapi kalau anda sampai berada dalam keadaan putus asa, berjuanglah terus meskipun dalam keadaan putus asa.

Ø Dalam masyarakat manusia ada binatang jalang tetapi dalam masyarakat binatang tidak ada satu pun manusia jalang.

Ø Sahabat sejati adalah mereka yang sanggup berada disisimu ketika kamu memerlukan dukungan walaupun saat itu mereka sepatutnya berada di tempat lain yang lebih dari sepantasnya.

Ø Hati yang terluka ibarat besi bengkok walau diketuk sukar kembali kepada bentuk asalnya.

Ø Setitik dakwah mampu membuat sejuta manusia berfikir tentangnya.

Ø Waktu kamu lahir, kamu menangis dan orang-orang di sekelilingmu tersenyum. Jalanilah hidupmu sehingga pada waktu kamu meninggal, kamu tersenyum dan orang-orang di sekelilingmu menangis. (kata-kata tentang kehidupan)

Kehidupan... bagiku ia amat sukar untuk ditafsirkan. Kehidupan boleh berubah dalam sekelip mata. Macam langit... itulah kehidupan kita. Hidup ini tidak selalu indah. Aku sudah malas untuk mengharap tentang kehidupan. Aku hanya biarkan saja apa yang terjadi di dalam kehidupanku. Dengan doa sajalah aku berikhtiar.
Bagiku.. Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca karena membaca itu sumber hikmah
menyediakan waktu tertawa karena tertawa itu musiknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir karena berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal karena beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda karena bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadah karena beribadah itu adalah sumber dari segala ketenangan jiwa.

Sepi..Family...Romeo...Teman..


Sepi itu indah....
Indah ke? Aku rasakan sepi itu amaat menyakitkan. Nafasku macam tersekat-sekat bila jiwaku sepi. Sepi... jiwa kosong... perasaan melayang entah ke mana... Hidup keseorangan... Sepi... ya sepi..
Sepi tanpa keluarga, tak pernah lagi terjadi dalam hidupku. Alhamdulillah, keluargaku selalu ada untukku. Lagi-lagi mami... bangun tiduk je tengok muka mami, berborak dengan mami, minum nescaffe dengan mami... Ahh, mami ada macam mana nak sepi... Adik-beradikku, huh nak sepi konon. Kalau kami xcukup berempat memang xsah. Kami adik-beradik amat rapat. Malam2 kami pasti berkumpul, bercerita. Aku akan cerita semuanya apa yg aku buat dalam seharian. Kini, Ili ke KPTM sunyilah aku. Klau x dia ada berbual dgnku. Aku senang dn happy dgn keluargaku. Keluargaku ada setiap kali aku sepi.

Romeo...Romeo...
Jiwa sepi.... ohhh.. itu dah biasa... tapi aku pandai aturkan kesepiaanku... aku akan buat apa saja untuk hilang rasa sepiku. Sepi tak de pakwe... kawan-kawankan ramai, aku jumpa balik kawan-kawan lelaki yang pernah ku tolak ke tepi. Mereka menerimaku. Fardlee... aku mula rapat dengannya, dia sedang menjudikan hatinya untukku. Setiap hari aku tunggu message darinya. Dan, setiap hari jugalah dia akan bagi massage pdku. Aku pun suka sangat dengan caranya yang cuba merapatkan dirinya denganku. Kalau boleh aku nak kenal dia bukan untuk sehari dua. Zal... kawan yang buat aku riang. Messagenya pasti akan mencuri hatiku.. kadang2 tu aku terjatuh cinta juga dengannya. Wan... dari sekolah lagi dia suka nasihatkanku. Nasihatnya pun boleh ku terima. Sham... huhuhu... my huhuhu... sayangku masih kuat untuknya tapi kalau dia tak boleh terimaku lagi, aku akan terima dengan hati yang terbuka. Aku selalu doakannya.Aku mahukan Sham hidup bahagia. Sayangku padanya xpernah surut. Buat masa ini, dia terlalu sibuk dgn kerja2nya dn aku kenalah faham. Ataupun buat2 faham. Mungkin xfaham langsung kut tapi kena faham juga. Tapi, kalau aku ditakdirkan dgn lelaki lain aku terpaksa tinggalkannya. Namun, aku tetap doakan kebahagiaannya.Wan hanyalah temanku. Dia tak termasuk dlm hatiku. Tapi, Sham, Zal dan Fardlee sinar baru dalam kesepian. Bila aku ingatkan mereka, aku menjadi tenang dan happy.Ohh... Owen... lelaki asing utkku. Tapi he very nice man. Aku suka berkawan dengannya. Dia suka call aku tapi just tanya khabar je lah. Aku sukakn mereka. Mereka membuat aku riang di dunia sepiku. Sepiku indah bila teringatkan mereka.


Kawan2,sahabat2,teman2
ramai diantara mereka yang dah ada dunia sendiri. Aku xnak ganggu hidup mereka, aku selalu doakan kebahagiaan yg mereka memiliki itu biarlah berkekalan. Kalau mereka YM aku akan YM dgn mereka, kalau mereka call aku angkat, kalau mereka datang aku jemput mereka masuk. Aku sayangkan mereka. KESEMUANYA aku sayang. Kawan sekolah, kawan kolaj,kawan opisku dulu, kawan kenalan, kawan lepak2ku. Merekalah yang membuat dunia berwarna warni. Keriangan, kesakitan ahh itu dah biasa yang mereka bagi untukku. Yatee... kini hubungan kami bertambah erat.Entahlah, secara tiba-tiba aku kembali rapat. Mungkin sebab dia sudah faham sgt perangiku ini. Aku pun syg sgt kat dia. Semua yg ada dalam hatiku ini, aku ceritakan pdnya. Dia pun bg nasihat yg membuat hatiku sejuk bila mendengarnya. Thanks.. Yatee! Aku harap aku xkan hilang lah anak yahyah ni.. ala bini acai... mami kpd Nur sara qistina. Azie dan Appy salah faham biasalah tapi kami maintain. Nora... penggantin baru... dia salah satu kawan yang amat bertuah,cintanya direstui oleh ALLAH. Dugaannya banyak sangat, dengan kesabaran dan bersungguh dia memiliki kebahagiaan yang dia mahukan.Dan, akhirnya kebahagiaan menjadi miliknya. Aku doakan dia selalu diatapkan dengan langit kebahagiaan. Nora selalu ada bersamaku. Lepas Kolaj kami seemakin rapat. Baru aku tahu dia kawan yang amat baik. Kebaikannya itu membuat hatiku semakin sayangkannya. Terima Kasih YA ALLAH... KAU rapatkanku dengannya. Ayang.. samalah dgn Nora. Kami semakin rapat. Tapi kini ayang jauh di sabah. Jauh pun tidak berubahkan apa pun..kami selalu ym. Alah apa2 pun Mereka kawan yang baik dn hebat... klu nk cakap pasal kawan emmm... xbuat novellah aku.. Okaylah.. Kalau ada masa aku story lagi..

Tuesday, June 23, 2009

NOVEL YANG AKU SUKA SANGAT...


BENAR, tiada siapa yang mengharap derita sepanjang hidupnya. Begitu jua dengan Nur Dhuha yang tidak pernah mengimpikan duka. Namun, takdir sudah tertulis... kehidupannya terus dirundung malang.
Syamir... walau kewujudan semula lelaki itu tidak pernah dimahukan sama sekali, dia tetap tega memburu Nur Dhuha. Dendamnya begitu mendalam walau episod duka sudah berlalu bertahun lamanya. Nur Dhuha... didera mental dan fizikal seolah tidak layak menikmati hidup. Walau derita, jauh di sudut hati, dia tetap mendambakan kasih dan sayang. Bencinya terhadap Syamir hanya di bibir. Luka yang dicipta Syamir berulang kali dirawat sendiri sehingga sabarnya mencapai kemuncak.
Kehilangan Nur Dhuha meragut keegoan Syamir. Benarlah kata orang, betapa pentingnya seseorang itu hanya dapat dirasai apabila kita kehilangannya. Tatkala hampir kehilangan gadis itu, perlahan-lahan cintanya datang bersemi. Lantas, dia kembali sebagai pemburu demi sebuah kemaafan. Wajarkah kemaafan buat Syamir setelah Nur Dhuha hampir hilang pedoman diri? Masih adakah harapan untuk Nur Dhuha mengecap bahagia?


JANGANKAN di alam sedar, di alam mimpi pun Jehanna Aisya tidak pernah berhajat untuk punya suami. Baginya, pengalaman lalu adalah guru yang paling jujur. Api dendam yang marak terhadap lelaki tidak pernah padam walau tahun demi tahun berlalu. Selagi terdaya, dia akan berlari dan terus berlari walaupun ke hujung dunia.
Katalah apa pun, Fahem Ammar tetap tidak memerlukan wanita ber-gelar isteri dalam hidupnya. Dia bukan jenis lelaki yang akan tunduk pada kehendak hati. Baginya, perkahwinan itu ibarat satu perjudian. Menang atau kalah hanya bergantung kepada nasib. Selagi boleh dielak, dia akan cuba mengelak seberapa daya yang mungkin.
Tapi, itu kata Fahem dan Jehanna yang punya cerita tersendiri, sedangkan janji ALLAH jauh lebih baik daripada itu. Dalam hangatnya mentari yang memancar, mereka dipertemukan dalam keadaan yang tidak diduga. Ada ego yang tercalar, ada hati yang terbakar dan ada pula bibit-bibit rindu yang hadir tanpa disedari.
Namun, bukan hidup namanya jika berjalan di atas garis lurus semata-mata. Bersaksikan Pulau Redang, Fahem melafazkan cinta. Malangnya, pantai yang sama juga menjadi saksi luka di hati Jehanna kembali berdarah. Semuanya kerana Fahem!
Benarkah kepercayaan itu umpama sebuah kristal, cantik memukau mata, tapi sekali terhempas tak mungkin akan dapat bercantum kembali?



ADAM & HAWA
Hari Isnin itu agak sukar untukku me-lakukan tugas dengan baik. Keletah kanak-kanak yang seperti mempunyai tenaga berlebihan membuatkan aku hampir tewas menangani kerenah mereka. Menjadi cikgu tadika memerlukan kesabaran fizikal dan mental. Aku bukan sekadar membina pengalaman, tapi turut sama mempelajari perasaan dan minda kanak-kanak. Aku belajar bagaimana untuk menggunakan diplomasi mengawal keadaan mereka yang boleh bertukar menjadi agresif dalam sekelip mata.

Kak Zah dan guru-guru lain sering mengingatkan sesuatu yang aku tidak tahu tentang kanak-kanak. Mereka kadang-kadang mungkin lebih dewasa daripada orang de-wasa dengan cara pemikiran mereka, tapi mereka tetap kanak-kanak yang pastinya menangis dan merajuk bila ditegur atau dimarahi.

Cuma hari ini, entah mengapa keletihan begitu terasa. Bekas-bekas plastik untuk mengisi pulut kuning belum lagi dibasuh. Bekas-bekas ini harus dikembalikan ke rumah Kak Zah sebelum petang. Sedangkan sebaik sahaja sesi perse-kolahan tamat pukul 11.30 tengah hari, aku dan dua cikgu lagi sibuk membersihkan buku-buku lama yang sudah dimakan anai-anai di dalam bilik stor. Jika tidak dibersihkan, pasti almari ini juga akan reput.

“Kak Rubi rasa penat sangat hari ni. Boleh tak Ain tolong hantarkan bekas-bekas ni ke rumah Kak Zah? Ikut jalan pintu belakang aje macam kita buat pagi tadi. Bibik pembantu rumah tu memang selalu duduk kat dapur. Kalau ikut jalan depan, memang payah sikit dia nak buka pintu. Ain ikut aje pintu dapur.” “Betul bibik ada kat rumah tu, Kak Rubi? Kalau tak ada, macam mana?” soalku seperti orang dungu.

Aku sebenarnya tidak mahu lagi bertembung dengan Am sejak kejadian Sabtu lalu. Perbuatannya itu benar-benar menimbulkan rasa marahku. Saban hari aku memikirkannya, semakin kuat juga aku memarahi diriku kerana aku seolah membiarkan diriku diperlakukan sebegitu.

Tapi kenapa bila Am cuba melakukannya buat kali kedua, barulah aku mula bertindak? Kenapa tidak sejak kali pertama lagi? Kenapa jadi begitu? Aku tidak mahu mengingatinya lagi. Aku benar-benar malu!!! Kak Rubi tersengih geli hati mendengar kata-kataku. “Lah... dia nak pergi mana lagi? Dah sah-sah kerjanya pembantu rumah, tentulah dia ada kat rumah.” Aku mengangguk sahaja, akur dengan kata-kata itu.

“Kejap lagi Ain hantarlah, ya sebab bekas-bekas plastik ni nak pakai isi pulut kuning untuk dihantar ke masjid sebelum solat Maghrib. Jangan lupa ya.” Kak Rubi mengingatkan aku. Aku mengangguk lagi.

Lebih kurang pukul 5.30 petang, aku membawa dua buah beg besar berisi bekas plastik ke pintu belakang banglo yang tersergam itu. Pintu pagar tidak berkunci manakala pintu dapurnya pula tidak ditutup rapat. Dalam fikiranku, tentu pembantu rumah itu ada di dalam.

Aku masuk memberi salam. Mula-mula perlahan, tapi apabila salam tidak berjawab, suaraku semakin lantang. Aku mula rasa tidak selesa dengan keadaan sunyi sepi di rumah itu. Salamku masih tidak berjawab lagi. Aku melangkah masuk ke dapur.

Aku letakkan beg besar itu di atas meja. Keadaan di dapur ketika itu agak berselerakan. Bau enak kari ayam dan rendang daging cukup me-nyelerakan, walaupun keenakan masakan tersebut telah aku nikmati tengah hari tadi.

“Bibik?” panggilku dengan suara perlahan. Ke manakah ibu Kak Zah ketika ini? Takkanlah seorang pun tiada di rumah. “Bibik? Bibik...” panggilku lagi, dengan suara lebih kuat. Aku melangkah ke ruang makan. Wah! Kagum aku melihat perabot-perabot serta hiasan lampu siling dan dinding. Cukup menawan dan nampak mahal sekali seperti yang selalu aku lihat di majalah-majalah dekorasi.

Aku cepat-cepat kembali ke ruang dapur. Takut kalau-kalau dianggap menceroboh oleh ahli keluarga Kak Zah yang tidak mengenaliku. Tiba-tiba, seekor kucing Parsi berkejar dan menggesel-gesel tubuhnya di kakiku. Aku memeluk kucing itu dan membelainya. Kucing itu cuba menguis cermin mata yang aku pakai, hinggakan hampir terjatuh dibuatnya. Mujur cermin mata itu tersangkut di rambutku.

Rambutku jadi sedikit kusut. Kalau tidak silap, inilah kucing Erin yang aku lihat pagi tadi. Kenapa dia begitu mesra denganku? Laparkah dia? Aku cuba mencari sedikit makanan untuknya. “Ain?” Suara Am kedengaran.

Aku pantas menoleh. Dadaku berdegup kencang. Am seolah baru bangun dari tidur. Rambutnya sedikit kusut, tidak berbaju dan hanya berseluar pendek. Kami tidak patut bertemu dalam keadaan dirinya yang sebegitu dan aku pula masuk ke rumahnya tanpa izin.

“Ain nak hantar bekas plastik pulut kuning pagi tadi.” Aku berterus terang tentang tujuan kedatanganku sambil melarikan pandanganku daripada Am. Am memandangku. Pandangannya kosong. Aku membetul-betulkan rambutku.

“Macam mana Ain masuk ke sini?” tanya Am kehairanan. Ketika aku hendak menerangkan keadaan yang sebenar, kedengaran loceng rumah berbunyi beberapa kali. Aku tidak sempat untuk menjelaskannya kerana Am sudah meluru ke ruang hadapan untuk melihat tetamu yang datang. Dari dapur, aku terdengar suara beberapa orang lelaki memberi salam. Jam menunjukkan pukul 6.00 petang ketika ini. Cepat sungguh wakil dari pihak masjid datang untuk mengambil bekas pulut kuning yang diberikan oleh Kak Zah. Tumpuanku kembali ke arah kucing yang masih tidak jemu menggesel tubuhnya di kakiku.

“Eh... janganlah macam tu sayang,” pujukku. Aku membetulkan cermin mataku sambil membelai kucing itu. Ketika itulah, aku sedar bahawa aku sedang berhadapan dengan empat orang lelaki yang berusia dalam lingkungan antara 30-50 tahun. Mereka memandangku dengan pandangan yang tajam. Tiga daripada mereka memakai songkok. Seorang lagi memakai kopiah.

Aku tahan perasaanku ketika itu kerana jauh di sudut hati, aku yakin satu kejadian buruk bakal berlaku di sini. Aku menghampiri Am. Aku pandang Am dengan rasa resah, ce-mas, bingung dan takut. Tapi Am terus tenang. “Ini siapa?” tanya salah seorang daripada mereka. “Kawan,” jawab Am pendek.

“Siapa lagi ada dalam rumah ni?” tanya lelaki yang sama. Aku dan Am berpandangan lagi. Kami bagai hilang kata-kata. Aku benar-benar bingung waktu itu.

“Bibik ada?” tanya Am padaku. “Eh? Ini rumah awak, takkan awak tak tahu siapa lagi yang ada dalam rumah ni. Tapi awak tahu perempuan ni ada di sini,” sampuk lelaki berkopiah putih itu agak sinis.

Aku semakin cemas. “Bukan, bukan. Saya cikgu Tadika Bintang Kecil. Kebetulan hari ni, pengetua tempat saya kerja ada buat sikit pulut kuning untuk disedekahkan pada murid-murid.

Saya ke sini nak menghantar semula bekas-bekas yang digunakan tadi,” terangku sungguh-sungguh. Keempat-empat lelaki itu seperti enggan menerima penjelasanku. Wajah mereka bagai mengejek diriku. “Saya rasa susah nak percaya cakap awak. Cuba tengok diri awak dan awak tengok diri dia ni,” tunjuk lelaki yang memakai kopiah itu sambil matanya meleret ke arah kami berdua dengan penuh syak wasangka. “Cara awak berdua begini boleh menimbulkan syak kerana berada dalam keadaan yang mencurigakan.”

Aku terasa langit bagaikan menghempap diriku waktu ini. “Tak, tak. Saya tak buat apa-apa. Saya datang sini hanya nak menghantar bekas makanan ni semula,” terangku lagi, cuba untuk meyakinkan lelaki-lelaki ini.

“Siapa saksi awak? Awak boleh tunjukkan pada saya se-lain daripada awak berdua, ada tak orang lain di rumah ini?” Tegas dan lantang nada pertanyaan yang dilontarkan. Air mataku mula menitis. Ya Tuhanku. Aku tidak me-lakukan apa-apa kesalahan jauh sekali dari melakukan dosa. Niatku ikhlas, mahu memulangkan barang seperti yang di-pinta. Tapi kenapa pula ini balasan yang aku dapat? Am membisu seribu kata.

“Encik, saya cikgu tadika di sini. Saya tak bohong,” rayuku dalam tangisan yang cuba kukawal. “Saya tak buat apa-apa pun dengan lelaki ni. Saya fikirkan ada pembantu rumah di sini, itu sebab saya masuk ikut pintu dapur. Dia pun baru jumpa saya di sini,” terangku sambil menuding jari ke arah Am. Mereka mentertawakan aku. Keikhlasan dan kebenaranku dipersendakan. Aku rasa amat terhina waktu itu. Aku tahu dosa dan pahala. Aku tahu berduaan tanpa hubungan yang sah boleh disalah ertikan oleh sesiapa sahaja. Tapi aku hanya menjalankan tugas. Tiada kena-mengena sama sekali dengan Am. Tapi kenapa jadi begini?

“Awak fikir saya percaya dengan cakap awak?” Salah seorang daripada mereka bersuara. “Orang bertudung pun boleh buat maksiat, inikan pulak awak!” Sekali lagi, aku dihina dengan cemuhan itu. Aku menangis. “Am, Ain datang sini bukan nak jumpa Am. Terangkan pada mereka yang kita tak buat apa-apa pun,” rayuku pada Am pula.

Aku kemudian kembali memandang lelaki-lelaki ini satu persatu. “Encik, saya tak ada kena-mengena dengan lelaki ni. Saya tak bersalah. Ini hanya salah faham. Tolonglah encik... saya tak buat jahat dengan lelaki ni. Percayalah cakap saya. Saya tak buat salah,” rayuku sungguh-sungguh. Salah seorang daripada mereka terus menekan aku.

“Keadaan awak sungguh mencurigakan. Rambut awak kusut-masai. Lelaki ni pulak, tak berbaju. Hanya berseluar pendek. Dah pulak tu, dalam rumah besar ni cuma awak berdua aje. Jangankan saya, kalau sesiapa tengok pun, tentu susah nak percaya dengan cakap awak tu.” Aku menangis tanpa segan silu. Di hadapan empat lelaki yang tidak aku kenali dan seorang lelaki yang entah mengapa lagak bagaikan orang bodoh tegak berdiri di situ sahaja.

“Am, tolong Ain Am. Tolong beritahu yang kita tak buat apa-apa pun. Ain tak bersalah dalam hal ni,” pintaku pada Am. Sudah tiada malu lagi aku di hadapan mereka semua. Aku tidak kisah, jika disuruh melutut sekalipun, aku sanggup. Hakikatnya, aku tidak bersalah dalam hal ini! “Awak ada apa-apa nak cakap?” tanya lelaki berkopiah itu lagi pada Am. “Awak tahu dia datang ke mari?” “Saya tak tahu ustaz,” jawab Am.

Ada sesuatu pada nada suaranya. Yang pasti, aku tidak menyukainya sama sekali. “Saya baru bangun. Bila saya turun, saya jumpa dia di dapur.” Nada suara Am kedengaran tegas dan meyakinkan. “Dah dekat pukul 7.00 malam, awak baru bangun? Apa yang awak buat tadi?” Suara ustaz itu sungguh lantang. Am terdiam. Dia memandangku tenang.

“Kalau saya tidur sampai ke malam pun, tak ada salahnya ustaz. Dia datang ke rumah saya cuma nak pulangkan bekas-bekas ma-kanan tu. Takkanlah pasal itu pun ustaz nak tangkap kami?” jelas Am sedikit membantah. Saat itu, aku sedar bahawa apa yang Am cuba terangkan pada mereka tidak akan berhasil. Aku mengharapkan Am membetulkan keadaan dengan mengiakan penjelasanku pada mereka, tapi caranya itu bagai mengiakan lagi tuduhan mereka terhadap kami.

“Sudah, sudah. Saya tak mahu buang masa lagi. Saya perlu ambil kenyataan tentang diri awak, dan awak juga,” katanya sambil memandang Am. “Saya nak jumpa emak dan bapak awak berdua sekarang!” Saat itu, wajah emak dan adik-beradikku bermain di mata. Apa perasaan emak bila mengetahui aku ditangkap khalwat bersama lelaki yang bukan mahramku dalam rumah ini? Ya ALLAH... aku tidak sanggup! Aku menangis lagi. Lemah seluruh anggotaku kerana niat asalku yang ingin menolong, menyebabkan aku dihukum sehingga begini.

Sejam kemudian, kedua-dua belah ahli keluarga berkumpul di rumah penghulu kawasan perumahan di situ. Kak Zah, Erin, mak lang dan pak lang menjadi saksi kami. “Ain tak bersalah pak lang. Ain ke rumah Kak Zah sebab hantar bekas plastik makanan. Ain tak tahu yang Am seorang saja di rumah tu, itu sebab Ain berani masuk.” Pak lang merenungku dengan rasa marah. Ternyata dia juga tidak mempercayai ceritaku. Sudah banyak air mataku tumpah.

Tapi, masih tiada seorang pun yang percaya. Am pula hanya membisu. Diamnya seolah-olah meyakinkan semua orang bahawa aku mengada-adakan cerita. Aku sungguh kecewa dengan sikap lepas tangan Am itu. Kenapa susah sangat dia membantuku menjelaskan pada mereka bahawa segala kata-kataku itu benar belaka?

“Mak lang,” tangisku perlahan. “Ain dengan Am tak buat apa-apa. Percayalah cakap Ain, mak lang. Mak lang percaya ke Ain sanggup buat perkara tak senonoh ni?” “Dah berdua macam tu, tentu Ain bersalah. Ain sedar tak apa yang Ain buat?” herdik mak lang, lantang. Renungan tajamnya menggambarkan kemarahannya. “Ain tak bersalah,” tegasku lagi dengan linangan air mata.

“Kalau Ain tahu Am ada di rumah masa bibik tak ada, Ain takkan masuk ke rumah tu,” terangku bersungguh-sungguh untuk meyakinkan semua yang mengelilingi kami. “Habis Ain nak mak lang buat macam mana? Benda dah jadi. Cakap yang betul pun dah tak guna, sebab memang dah nyata yang Ain dengan Am berdua aje dalam rumah tu!” Suaranya makin lantang. Mak lang marah benar. Tiada gunanya aku cuba meraih simpati daripada mak lang. Baginya, semua sudah termaktub dan aku tetap dianggap bersalah. Aku tatap wajah lelaki yang bergelar ustaz itu. “Ustaz, saya tak ada saksi yang boleh ustaz tanyakan tentang apa yang sebenarnya terjadi.

Tapi, demi Allah, saya tak buat kerja macam tu. Percayalah cakap saya ustaz.” “Kata mak saudara awak tu betul. Buat atau tak buat, perkara ni dah jelas. Awak berada dalam rumah tu berduaan dengan lelaki yang tiada hubungan dengan awak sama sekali. Keadaan diri awak pula, tak terurus. Begitu juga dengan pasangan awak ni. Awak tahu kan, berduaan di tempat yang tersembunyi dan boleh menimbulkan keraguan dan syak wasangka itu adalah berdosa?” Aku menangis teresak-esak.

“Saya tak tahu pun Am ada di tingkat atas. Saya fikirkan ada pembantu rumah di situ sebab itu saya berani masuk. Niat saya jujur, tak ada niat lain apatah lagi dengan lelaki ini. Saya tahu saya tak bersalah dalam hal ini. Percayalah cakap saya ustaz.” Kak Zah segera mendapatkan aku. Dia mengusap bahuku, sekadar meredakan perasaanku. “Ain sanggup junjung Quran yang Ain tak bersalah. Kenapa semua orang tak percaya cakap Ain? Ain tak bersalah. Tolonglah... Ain tak bersalah,” rintihku berkali-kali. Ustaz itu hanya mengeluh panjang.

Aku merasakan orang semakin ramai mengelilingi kami di rumah penghulu itu. Aku pandang Am. “Selalunya Am banyak mulut dengan Ain. Tapi bila Ain perlukan Am cakap waktu ni, Am tak mahu cakap. Tolonglah Ain, Am. Ini kali pertama Ain minta tolong Am. Beritahu pada mereka yang kita tak pernah ada hubungan selama ni.” Am tetap membisu. Hatiku bagai dihiris-hiris melihat Am terus membatu diri. Kenapa begini nasibku? Apakah dosaku sehingga aku dihukum begini sekali? Aku tak bersalah! Jeritku sekuat-kuat hati dalam dadaku.

“Saya minta penjaga Ain Hawani dan ibu bapa atau penjaga pada Adam Mukhriz faham bahawa kesalahan mereka amat serius kerana perbuatan mereka boleh menjerumus kepada zina, dosa yang dilaknat Allah S.W.T. Mereka ditemui berdua-duaan di dalam rumah bernombor 73 Jalan Merpati pada pukul 6.45 minit petang tadi. Mereka ditang-kap kerana disyaki berkhalwat dan sekiranya disabit kesalahan, mereka boleh didenda tidak lebih dari lima ribu...” Belum sempat ustaz itu meneruskan kata-kata, pak lang mencelah.

“Ustaz, saya mahu lelaki yang ditangkap bersama anak saudara saya bernikah dengannya sekarang juga. Saya malu ustaz. Keluarga kami malu, apatah lagi emak dan adik-beradiknya di kampung. Lebih baik mereka bernikah dan ini saja yang boleh menyelamatkan nama kedua buah keluarga yang tercemar. Saya yakin pihak lelaki adalah daripada keluarga yang berkedudukan. Kami juga keluarga yang ada harga diri. Saya tak rela anak saudara saya disia-siakan se-lepas apa yang berlaku di antara mereka.”

Pandanganku berpinar-pinar sebaik sahaja mendengar perkataan nikah. Aku meraung sekuat-kuat hati. Kenapa nasibku jadi begini sekelip mata? Aku terus menangis tanpa segan-silu lagi. Aku sudah tidak malu pada mereka yang memandang. Aku kecewa kerana penjelasanku tidak dite-rima. Aku kecewa kerana mereka menuduh aku telah me-lakukan perkara yang tidak baik dengan Am. Aku sungguh kecewa dengan sikap Am yang terus-terusan membisu.

Aku membantah cadangan pak lang tetapi pak lang tetap berkeras mahukan kami dinikah ketika itu juga. Dia tidak mahu nama keluarganya terus tercemar dan Am bebas tanpa bertanggungjawab terhadap perbuatannya. “Lelaki tak guna! Tak guna satu sen! Memang lelaki tak boleh harap! Tak guna ada lelaki macam ni dalam dunia. Pergi mati lagi baik dari hidup kat dunia ni!” Am membatukan diri walaupun mulutku lancang memarahi diri. Dia sedikit pun tidak berganjak dari tumbukanku yang bertalu-talu di tubuhnya.

“Ain lebih rela tak kahwin sampai mati dari kahwin dengan Am. Ain benci Am! Sampai bila-bila pun, Ain tetap benci Am. Lelaki tak guna! Tak guna, tak guna!!!” teriakku dengan perasaan benci yang meluap-luap. “Sudahlah tu, sudahlah tu.” Pak lang segera menghentikan perlakuan kasarku pada Am.

“Mengucaplah sikit. Macam dah kena rasuk hantu.” Mereka di sekeliling kami terpaku melihat aku bagai hilang pedoman. Ada juga yang menasihatkan aku supaya banyak beristighfar, tapi aku tidak ambil peduli dengan sesiapa pun ketika itu kerana aku benar-benar rasa tertekan. Biarpun tangan bagaikan digari, aku cuba menggunakan kakiku pula untuk melepaskan api marahku yang sedang marak membakar diri.

“Memang Ain dah kena rasuk hantu. Memang Ain dah kena rasuk hantu!!!” jeritku pada Am sambil cuba melepas-kan diri daripada pegangan pak lang dan mak lang. “Sudahlah tu Ain. Tak malu ke menjerit depan orang?” Marah mak lang padaku. Pegangannya makin kemas dan rapi. Tubuhku dipeluknya erat.

“Biar Ain menjerit sekarang. Kalau tak seorang pun yang percaya cakap Ain, buat apa Ain nak malu pula kalau Ain menjerit?” jerkahku pada mak lang. Hilang hormatku, tiada lagi rasa kasihku pada mereka. Seharusnya mereka mempercayaiku, bukannya menerima bulat-bulat tuduhan orang luar tanpa usul periksa.

“Budak ni!!!” Giliran pak lang pula memarahiku. Dia menarik aku ke arah pintu. Aku sempat memandang Am dengan penuh kebencian. “Hei jantan!!! Kau jangan biarkan aku jumpa muka kau lagi! Jangan sesekali pun kau biarkan muka kau kat depan mata aku lagi. Aku benci! Aku benciiiii!!!!”

“Ain Hawani!” Namaku disebut, suara mak lang itu bagai mengingat-kan aku supaya tidak keterlaluan menghamburkan perasaan marah pada lelaki yang sudah menjadi suamiku. Tapi aku tidak peduli lagi. Semuanya sudah punah. Masa depan, maruah diri dan segala impian indahku selama ini!

“Ain benci Am!!!” Jeritku buat kali terakhir.

Aku menangis dan terus menangis. Namun selama mana aku menangis dan sebanyak manapun air mata yang menitis, ia tetap tidak mengubah hidupku yang akan bergelar isteri kepada lelaki yang telah menghancurkan maruah dan nama baik keluargaku dalam sekelip mata.

Kenapa semuanya ini terjadi padaku? Dugaan apakah yang menimpaku hingga aku hilang upaya untuk mengelak segala yang tersurat ini. Aku benar-benar tidak berdaya menghadapi kenyataan segetir ini! Dalam usia aku sedang menganyam impian untuk ke menara gading, dalam usia aku sedang melakar mimpi indah untuk menjadi anak yang berjasa kepada keluarga, aku dimalukan sebegini rupa. Terasa punah masa depanku dan dalam sekelip mata maruahku diragut pergi begitu sahaja!