Tak berplan pun nak keluar, Cik anne kasih datang rumah Nora just datang beraya di hujung bulan syawal. Mulanya Ahah tidak ada di rumah, suami pada kawan Cik anne kasih, nora dan dia bekerja, tapi Aha pulang pada pukul 3.00 petang. Malu! Segan! Tapi,tidak mengapa, Aha juga kawan Cik anne kasih. Kami satu kolej, kami bertiga. Aha okey.
Cik anne kasih dan Nora mula berbual rancak, setelah Aha dan cik comel Puteri tidur. Cik anne kasih cerita makan secret Recipe di Manjung, tersalah pilih makanan LASAGNE yang Cik anne kasih suka sangat, tapi tak sedap. Huhu, Lasagne!Sedap dan lazatnya, pergh. Tiba-tiba Nora ajak.. 'Jom kita makan petang ni'Cik anne kasih menolak, 'taklah'. Cik anne kasih datang bertemu Nora hanya mahu berbual dengan Nora dan main dengan Puteri. Tapi, Nora ajak juga dan dia mula bersiap. Mahu menolak tidak ada gunanya. Nora memang suka belanja Cik anne kasih. terima kasih, awak! Malu saya tau.
No comments:
Post a Comment