Friday, September 30, 2011

Bersama Nabila!

My cousin, my adik balik rumah Cik anne Kasih. Kami berbual, berkongsi cerita, dia adik yang baik, yang suka pada kekemasan, dia adik yang suka bergurau, adik yang boleh terima gurauan, dia adik yang boleh menerima teguran, nasihat dan pendapat. Okey! Cik anne kasih suka lepak dengan Nabilla. Cuma, dia masih belum kenal perangai Cik anne kasih. Tak pe, lepas ni kita kenal2 dan saling menggenali antara satu sama lain. Okey!
Cik anne kasih cukup simple, cuma jangan memaksa dan mengarah. Cik anne kasih cepat sayangkan orang, lagi-lagi ada pertalian darah memanglah sayang. Tak mungkin benci pada darah yang sama dengan Cik anne kasih. Love u my billa!
Nabilla suka memasak. Wow, itu pekara yang cukup membantu Cik anne kasih. Suka2. Nabilla masak best, yalah papanya, my uncle tukang masak yang cukup handal dan terbest in my world. My master chef, pok nik!
Cik anne kasih benar-benar mengharap Nabilla kerap balik di rumah 'pak ngahnya' hehehe.. Nabilla dah balik Uitm! :(( rindu Nabilla..
Balik rumah pak ngah lagi tau!!!

Muah oxox...

Sunday, September 25, 2011

Have fun wif my sweet fren!


Seronok, riang dan bergembira! Cik anne kasih bersama Nora dan si comel puteri. Kami berborak apa sahaja tentang hidup kami. Cik anne kasih suka meluahkan perasaan pada Nora dan Nora akan bagi kata-kata semangat, nasihat yang best dan kesimpulannya hati Cik anne kasih senang.
Tak berplan pun nak keluar, Cik anne kasih datang rumah Nora just datang beraya di hujung bulan syawal. Mulanya Ahah tidak ada di rumah, suami pada kawan Cik anne kasih, nora dan dia bekerja, tapi Aha pulang pada pukul 3.00 petang. Malu! Segan! Tapi,tidak mengapa, Aha juga kawan Cik anne kasih. Kami satu kolej, kami bertiga. Aha okey.
Cik anne kasih dan Nora mula berbual rancak, setelah Aha dan cik comel Puteri tidur. Cik anne kasih cerita makan secret Recipe di Manjung, tersalah pilih makanan LASAGNE yang Cik anne kasih suka sangat, tapi tak sedap. Huhu, Lasagne!Sedap dan lazatnya, pergh. Tiba-tiba Nora ajak.. 'Jom kita makan petang ni'Cik anne kasih menolak, 'taklah'. Cik anne kasih datang bertemu Nora hanya mahu berbual dengan Nora dan main dengan Puteri. Tapi, Nora ajak juga dan dia mula bersiap. Mahu menolak tidak ada gunanya. Nora memang suka belanja Cik anne kasih. terima kasih, awak! Malu saya tau.
Best bersama Nora, Aha dan si comel Puteri


Photo kami untuk diabadikan.










Friday, September 23, 2011

Dia semakin dekat dihati

hihihi.. hati kian terisi, berbahagia dan terasa indah. Mulut pun tiba-tiba tersenyum sendiri. Malam tak sunyi lagi. Hati Cik anne kasih sudah ada orang jaga dan belai indah. Cik anne kasih senang bersama lelaki itu, bergurau, berkongsi cerita dan melaporkan apa yang dibuat.
Tapi masih terlalu awal.. Cik anne kasih tidak meletak apa-apa harap, malas nak mengharap, takut untuk membuat harapan yang tinggi. Cik anne kasih hanya serahkan pada Yang Maha Esa. Kalau Allah izinkan hubungan terus berkembang, berpanjang dan kekal abadi, alhamdulillah, syukur padaNya.
Kalau Allah tidak mengizinkan kami, itu bukan kebahagiaan Cik anne kasih dan Cik anne kasih redha. Tapi buat masa ini, Cik anne kasih senang dengan apa yang Allah tentukan ini.
Di kala ini, dia semakin dekat di hati Cik anne kasih dan hati Cik anne kasih terasa indah
Kalau dia jodoh Cik anne kasih alhamdulillah dan terima kasih Allah!

Wednesday, September 21, 2011

sudah lama tidak bertapak di sini

Memang lama, cukup lama, betul-betul lama,gila lama, amat lama, yang sangat lama. LAMA! cik anne kasih tak tahu kenapa lama betul cik anne kasih tak berblog. Sibuk kot? Kotnyalah sibuk. Tak ada maknanya sibuk. Bukan sibuk tapi malas. Ops, memang sibuk, cukup sibuk… sibuk berFB, bergayut dan titun. Wah, yang tulah yang best.. best sehingga membuat tahi mata, kahkahkahkah!
Dah lewat malam, so nak titun. Kan cik anne kasih dah kata, cik anne kasih sibuk buat tahi mata. Hah, tak kisahlah. Yang penting sibuk gak tu!