Monday, May 23, 2011

Dia ada FB.. mahu accept kah

Hari ini, Cik Anne Kasih buka FB tengok-tengokj kekasih lama ada FB : Farid Azmi. Kekasih lama yang tak pernah berputus asa untuk mencuri hati Cik Anne Kasih dan cuba untuk mendapatkan cinta Cik Anne Kasih kembali. Cik Anne Kasih tukar No.phone dan dia tak boleh hubungi Cik Anne Kasih dan mungkin mahu berhubung di FB lah pula. Bosan.
Cik Anne Kasih masih tak boleh terima dia. Dia tu cakap macam bagus, apa yang dia cakap macam pandai dan suka bercakap tanpa fikirkan hati Cik Anne Kasih. Memang tak pernah benci dia dan tal baik benci dia, apatah lagi dia yang Cik Anne Kasih pernah sayang dan cinta separuh mati, sepenuh jiwa. Kerana dia, Cik Anne Kasih ramai lukakan hati lelaki lain, hish, sungguh tak baik!
Mahu accept ataupun tidak. Berserba salah rasanya. Cinta yang lama sudah hilang, dia yang menghilangkan rasa cinta tu di hati Cik Anne Kasih. Selama bercinta dia cakap aje pandai tapi hampeh kelapa!!! Entahlah, bingung! Tak baik benci orang, itu yang selalu dipesan dan selalu diingat pesanan tu. Tak benci pun, tapi tak terima dan malas nak sakitkan hati Cik Anne Kasih lagi.
Dia tetap perangai dia dan dia sukar untuk berubah. Cik Anne Kasih dah 14 tahun bercinta sakan dengan dia, jadi Cik Anne Kasih tahulah. Bukannya buat-buat tahu sahaja.

Dr. ‘Aidh Bin ‘Abdullah Al-Qarni



Tidakkah engkau lihat bahawa mala mini

Bila telah sempurna kegelapannya

Pasti akan datangnya pagi hari dengan cahayanya



Seorang penyair berkata: bila anda mengetahui bahawa sesungguhnya anda telah bersumpahdemi waktu bahawa anda akan mendapatkan segala yang anda inginkan dalam segala urusan di setiap masa yang anda lalui. Lalu ia juga telah bersumpah akan memberikan apa jua yang anda sukai, maka pantas saja anda bersedih hati jika kehilangan setiap peluang yang tidak pernah tercapai.

Jika anda telah mengetahui tabiat pengambilan dan pengembalian, pemberian dan pencegahan yang dilakukan oleh hari-hari yang anda lalui dan bahawa hari-hari itu tidak pernah melupakan suatu anugerah yang telah diberikannya, melainkan ia akan kembali mengambilnya dari anda dan memang demikianlah ketentuan dan tabiat masa terhadap semua Bani Adam, baik bagi yang tinggal di dalam istana mahupun yang tinggal di rumah sederhana, baik bagi orang yang telah meraih puncak keberhasilannya mahupun bagi orang awam yang sederhana hidupnya, maka rendahkanlah nada kesedihan anda dan usaplah air mata anda. Kerana bukan hanya anda yang pertama kali terkena kesan racun zaman, dan musibah atas diri anda bukanlah yang pertama dan terakam dalam daftar musibah dan penderitaan.

Allah SWT berfirman:

“Adakah kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga pada hal kamu belum didatangi ujian seperti yang dialami oleh orang dahulu. Mereka ditimpa kepapaan, penyakit dan ketakutan sehingga berkatalah rasul dan orang yang beriman bersamanya : “Bilakah akan datang pertolongan Allah ?” . Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah sangat dekat.” (Surah Al-Baqarah: Ayat 214)

No comments:

Post a Comment