Friday, September 24, 2010

Selepas Raya, tersikit lega dalam kerjaya, tapi dalam kehidupan hanya ALLAH yang tahu!

Sebelum raya, aku sudah pun selesaikan manuskrip sepenuhku dan aku sudah hantar pun ke Syarikat Buku Prima. Mudah-mudahan berjaya dengan jayanya dan kini aku sudah pun memulakan manuskripku yang ke dua dan mungkin yang ke tiga. Aku cuba untuk menyiapkannya secara serentak, benar berharap aku boleh menyiapkannya dalam masa 6 bulan. Boleh ke? Argh, aku cuba untuk menyiapkan. Selagi aku tidak berputus asa, selagi itulah ada kejayaan untukku, itu prinsipku. Aku akan terus berkarya, berkarya duniaku dan hidupku!
Di saat ini,Allah mengujiku dan keluargaku. Angah yang tidak pernah sakit walaupun cuma pening kepala tapi kini diduga dengan penyakit yang kuat. Aku tidak sanggup melihat angah di dalam keadaan seperti itu. Tapi apalah kekuasaanku untuk menolak takdir Illahi, mahu atau tidak aku redha dengan segala kemungkinan. Sekarang ini aku di Rantau Panjang menemani angahku dan memberi bantuan, walaupun aku sedar yang bantuanku ini tidaklah sebesar mana. Aku terus berdoa agar angah kembali sembuh seperti sedia kala, Amin!

Tuesday, September 7, 2010

'SELAMAT HARI RAYA!'


Raya datang lagi. Selamat hari raya pada pembaca blogku ini, ops, ada ke pembaca. Maaf jika saya lama tidak menulis di ruangan blog ini. Memang banyak cerita yang mahu dikongsikan, tapi keadaan yang tidak mengizinkan. Saya begitu sibuk dengan manuskrip yang mahu dihantar ke penerbit.
Hari ini saya akan pulang ke kampung halaman untuk menyambut hari yang mulia bersama keluarga tersayang. Kepada semua pembaca blog 'miakasih.blogspot.com', saya mengucap selamat hari raya aidifitri,mohon ampun jikalau ada perkataan saya menyinggung hati dan perasaan kalian. Saya insan biasa yg tidak lepas dr kesilapan, oleh itu maafkan saya...
Ini ucapan raya dari saya untukk kalian semua :-

Jika hati sebening air, jangan biarkan keruh. Jika hati seputih awan, jgn biarkan mendung. Jika hati seindah bulan, hiasi dengan iman. Di bulan yang mulia ini saya, Anne Kasih Mustaffa ingin memohon maaf atas segala kesalahan saya antara sedar ataupun tidak, secara sengaja mahupun tidak disengajakan. SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN.

Ramadhan akan tinggalkan ku

Ramadhan sudah hampir pergi meninggalkanku. Aku termenung seketika, adakah aku memenuhi Ramadhanku dengan ibadah yang cukup. Sayu untuk melepaskan Ramadhan ini pergi tapi Ramadhan akan pergi jua dan merelakan kepergian itu. Aku bertanya pada diriku, adakah aku akan bertemu lagi Ramadhan ini di tahun akan datang?

Kalau boleh, aku mahu lama di bulan yang mulia ini dan aku mahu beribadat tapi masa berlalu dengan pantas, mahu ataupun tidak aku merelakan Ramadhan yang mulia ini berlalu pergi. Aku benar-benar berharap agar aku dapat bertemu lagi dengan bulan yang mulia ini. Dengan sejujur aku merasakan bulan Ramadhan kali ini cukup pantas berlalu, bagaikan tidak sedar ia akan pergi tinggikan aku, ya dia akan terus pergi tinggalkaku dan aku akan merelakan kepergian itu.
Huh, selamat jalan Ramadhan!