12.45 tengah hari telefon bimbitku berbunyi, sah Yatee yang mengirimkan massage untukku. Dia baru siap dan baru hendak keluar dari rumahnya. Dengan massage itu, aku terus mandi dan bersiap. Sejam dari itu Yatee sampai dan kami keluar bersama.
Aku mahu membeli sandal dan dia pula mahu membeli cincin untuk hubbynya. Kami ke the curve, kami terus mencari cincin tapi tidak ada dan selepas itu, kami ke Vincci untuk beli sandalku. Hey, sudah beli sandal. Kami masih mencari cincin, Yatee cuba mencari di accessory Vincci tapi tiada,emm... kami ke Giordano tiada juga. Aku menghubungi Kak Nur untuk bertanya di mana lagi yang mahu kami cari cincin untuk lelaki dan Kak Nur kata, di Giordano Subang Parade dan tanpa membuang masa kami terus bergegas ke Subang Parade.
Sampai sahaja di Subang Parade, kami terus cari cincin Giordano dan finally Yatee sudah pun membeli cincin untuk hubbynya (Acai). Selesai membeli cincin, kami ke Memory Lane untuk beli Kad dan time makan. Kami makan di Chicken Rice Shop, Sara princess Yatee yang buat pilihan.
Pukul 7.50 malam kami keluar dari shopping Complex itu.
Ohh ya, hari ini juga adalah hari ulangtahun perkahwinannya dan dangan ini aku mendoakan agar dia dan hubbynya bahagia untuk selama-lamanya.Kebahagiaannya itu sedikit sebanyak membahagiakanku.
Ini foto sepanjang kami bersama.


No comments:
Post a Comment