Padaku, aku mahukan kejayaan dan kesihatan yang baru kerna itulah yang boleh membahagiakan hati mamiku. Cinta pasti datang dengan cara yang tersendiri. Aku percaya pada jodoh Allah, aku patuh pada janjiNYA yang setiap insan dijadikan berpasangan dan aku tidak dikecualikan. Pasti ada jodohku, usah gentar. Bukan aku tidak kesian pada lelaki itu, aku tahu dia benar-benar cintakan aku, dengan tanggisannya saja sudah cukup membuktikan yang dia amat cintakanku tapi itu tidak cukup bagiku. Dia tiada kemajuan di dalam dirinya. Hidupnya kusam dan tidak mungkin aku mahu membiarkan hidupku diheret dengan 'kekusaman'nya itu. Aku tidak akan merosakkan hidupku hanya kerana cinta.
Aku mahu kehidupan yang lain. Sudah cukuplah aku menghambakan diri padanya selama 13tahun. Aku sudah penat untuk menyintainya lagi. Aku mahu maju dengan impianku untuk jadi penulis! Aku tidak akan membiarkan dia merosakkan hidup dan hatiku lagi!
No comments:
Post a Comment