Thursday, April 29, 2010

Buat novel sambil layan Adamaya dan berym

Tiada yang istimerwa pun. Aku menaip hasil karyaku sambil berchating dengan cousinku, nadia. Aku dan Nadia ( http://nuruldania.blogspot.com/ )amat rapat dari  kecil lagi. Semua yang berlaku di edalam hidupku aku akan berkongsi bersamanya. Dia salah seorang yang amat rapat denganku dan dia juga salah seorang yang memahamiku. Dia kenal siapa aku dan dia tahu apa perangai burukku. Walaupun kami amat rapat tapi kami suka sangat bergaduh, gaduh mulut itu sudah wajib bagi kami. 

Semalam aku tidak sempat hendak menonton AdaMaya jadi aku menonton Akasia itu di mytv3. Hiss, aku tidak sukalah jalan cerita itu, kenapa dia buat Maya curang dan kurang sopan terhadap Adam. Yang si Dani pun sengap yang melampau, patutnya dia lepas sahaja Maya tu, kan Maya sudah bahagia bersama Adam dan Amani, memang tidak patut Dani bersikap macam itu, tiada pegangan agama langsung! Tidak layan cerita itu pun Lisa yang berlakon so mesti layanlah.

Aku berkarya macam biasa, aku masih belum puas dengan manuskripku. Erm, lama sungguh aku buat kerja tapi hendak buat macam mana, mahu atau tidak aku harus buat, ini yang aku mahukan dan tiada apa lagi yang aku minat selain berkarya. Biarlah lambat asalkan yang terbaik. Aku semak semula manuskripku dari bab 1 sehinggalah bab 67. Mujurlah aku tidak bosan cuma blur sahaja. Kalau blur aku akan layan apa-apa sahaja di youtube ataupun membaca blog-blog sastera. 

Okaylah, aku chow dulu.

Wednesday, April 28, 2010

Bingung

Bukan tiada sayang, bukan tiada cinta tapi aku rasakan yang aku mahu kehidupan yang baru. Kehidupan yang cukup menyelesakan aku. Kalau aku kembali menerimanya, aku rasakan yang kehidupan aku tidak berubah, dia janji yang dia akan berubah kalau aku terimanya kembali, mustahil aku akan terimanya lagi. Dia sudah jadi sejarah dalam hidupku dan aku tidak akan terimanya kembali. Hatiku tidak mungkin dapat dilembutkan dengan kata-katanya yang manis dan mataku tidak akan kabur dengan pandangan cinta yang nampak indah tapi tidak tahu sama ada keindahan itu bertahan berapa lama. Aku tidak mahu tertipu lagi, maafkan aku. Aku benar-benar tidak boleh menerimanya lagi, walau macam mana rayunya padaku. Hatiku memang degil. Hatiku memang keras dan hatiku tidak mungkin terbuka untuknya.
Padaku, aku mahukan kejayaan dan kesihatan yang baru kerna itulah yang boleh membahagiakan hati mamiku. Cinta pasti datang dengan cara yang tersendiri. Aku percaya pada jodoh Allah, aku patuh pada janjiNYA yang setiap insan dijadikan berpasangan dan aku tidak dikecualikan. Pasti ada jodohku, usah gentar. Bukan aku tidak kesian pada lelaki itu, aku tahu dia benar-benar cintakan aku, dengan tanggisannya saja sudah cukup membuktikan yang dia amat cintakanku tapi itu tidak cukup bagiku. Dia tiada kemajuan di dalam dirinya. Hidupnya kusam dan tidak mungkin aku mahu membiarkan hidupku diheret dengan 'kekusaman'nya itu. Aku tidak akan merosakkan hidupku hanya kerana cinta.
Aku mahu kehidupan yang lain. Sudah cukuplah aku menghambakan diri padanya selama 13tahun. Aku sudah penat untuk menyintainya lagi. Aku mahu maju dengan impianku untuk jadi penulis! Aku tidak akan membiarkan dia merosakkan hidup dan hatiku lagi!

Tuesday, April 27, 2010

3 Hari di Rantau Panjang... My Hometown

Mungkinselepas ini aku jarang balik ke Rantau Panjang. Ira akan bersalin dan mami akan jaga baby, mungkin kami tidaklah begitu kerap untuk balik ke Rantau Panjang. Aku mahu balik dengan bas tidak mungkin mami dan papa akan mengizinkanku.
3 hari di kampungku, macam biasalah, aku balik buat rawatan pada badanku yang sakit ini. Alhamdulillah ada sesikit berubahan. Biasalah sakit lama tidak mungkin hendak sihat dengan sekelip mata. Sudah 5 tahun aku tangung penyakit ini, tidak akan mahu hilang dengan sekelip mata. Aku yakin yang Allah akan berikan kesembuhan padaku, AMIN.
Di Kelantan hujan selebat-lebatnya macam banjir pula. Aku apa lagi tidurlah, lagi-lagi di kampung memang tiada siapa yang melarangku untuk melakukan aktiviti yang sukar untuk lakukan di rumah Subangku. 3 hari memang tidak puas, tidak cukup masa untuk aku mencari makanan kegemaranku. Argh, bubuh sagu... tidak puas makan, pengat pisang pun aku tidak makan... emmm macam tulah kalau balik sana dalam waktu yang singkat. Cukuplah, tiada idea hendak menulis.

Friday, April 23, 2010

Kecewa!


Tadi, aku saja menjenguk ke FB anak buahku, gatal melawat FB orang yang sudah tidak menghiraukanku. Motif aku menjenguk FB itu, aku mahu tahu kehidupannya kini. Aku tengok gambar konvokesyennya di minggu yang lepas. Alhamdulillah, dia sudah berjaya, aku tumpang bangga dengan kejayaannya. Dia adalah orang yang aku sayang dari kecil lagi.Aku manjakannya dan aku terlalu sayangkannya. Dia anakbuahku yang paling aku rapat dan aku manjakannya, yang menyebabkan kami tidak bersatu hati lagi kerana hal yang tidak sepatutnya kami ambil kisah. Kalau kasihnya kuat untuk makciknya ini, tidak mungkinlah dia terus menyepi dari hidupku.

Aku tahu, aku ini hanyalah mak sepupunya tapi kasih sayangku amat kuat pada mereka. Aku cukup terkilan dengan keadaan ini, apa yang boleh aku lakukan agar aku tidak memikirkan mereka Aku cuba untuk mengabaikan mereka sepertimana mereka abaikanku tapi sukar. Aku hanya mampu doakan untuk mereka agar mereka terus berjaya di dalam perlajaran. Tahun ini 2 org dari mereka mengambil peperiksaan yang penting. Semoga mereka berjaya dengan jayanya.

Terlalu ralat aku rasakan bila ingatkan yang kami tidak serapat dulu. Tambahan pula kini salah seorang dari mereka berlajar di Uitm, Shah Alam. Sebelum masa mengubahkan kearkaban kami, aku dan dia planing pelmacam benda yang kami mahu lakukan di hujung minggu, itupun kalau dia tidak ada hal yang mahu dia lakukan. Aku tidak kisah kalau dia tidak dapat berjumpa denganku setiap minggu, aku pun tidak mengharapkan itu, aku juga tahu yang dia ada kehidupannya sendiri dan dia mahukan kebebasan dalam hidupnya. Dia seorang lelaki sudah tentulah dia ada rancangannya bersama kawan-kawannya dan aku tidak kisah tentang itu. Walaupun dia ada kehidupannya sendiri, aku tahu apa yang terjadi pada kehidupannya. Dia akan hubungiku walaupun kadang-kadang kalau tidak pun, dia akan menghantarkan SMS padaku dan setidak-tidaknya aku tahu kehidupannya, perlajarannya dan kesihatannya, dulu bolehlah dia lakukan itu semua.

Kini segalanya berubah, aku tidak lagi tahu apa-apa tentangnya, aku tidak tahu kesihatannya dan aku tidak tahu apakah masalahnya. Kini, aku tahu tentangnya hanyalah di wall, FBnya sahaja. Sedih! Sayu! Terkilan!

Aku cuba untuk tidak ambil tahu tentangnya tapi tidak boleh. Argh, biarlah, dari jauh aku doakan kehidupannya selamat dan kejayaan selalu jadi miliknya. Dan, kalau dia terbuka blog ini, aku mahu dia tahu yang aku sayangkannya.


Thursday, April 22, 2010

buka account untuk Izat dan Adik

Hari ini, satu jam aku habiskan masaku untuk membuka account Yahoo dan Facebook untuk anak-anak buahku. Izat telefonku minta tolong aku buatkan email dan facebook untuk dia. Dia kata, kawan-kawannya sudah ramai yang ada email dan FB. Yalah, dia pun sudah berumur 14tahun. Kesian pula aku pada anak buahku itu jadi aku bukalah account untuknya.
Adik pulak tidak menyuruhku tapi kalau aku tidak buat unfairlah pula dan tidak suka bersikap unfair pada anak-anak buahku. Dengan itu, aku bukalah satu account untuk Adik Izati. Aku masih belum puas mengedit manskrip. Hiss, tidak tahulah bila agaknya novelku itu hendak siap. Tidak mengapalah, aku tidak mungkin berputus asa, aku akan siapkan manuskrip itu secepat yang mungkin,insya-Allah.

Wednesday, April 21, 2010

Aku nak!


Apa yang aku mahukan...

Emm,

1st, aku nak sihat sepanjang  hidupku. Bila aku sihat, aku tidaklah menyusahkan orang, lebih-lebih lagi menyusahkan mami dan papa.

2nd, aku nak menulis tanpa gangguan FB, YM dan HP tapi sukar. Kalau ada komen masuk di FB aku, aku akan layan, Ym... kalau member-member aku online tak kanlah aku tak nak layan dan HP,kalau aku tak jawap, pasti ada yang mengajuk.

3rd, aku nak makan magie goreng dan nak minum nescafe ais di Syed Bisro.

4th, kalau boleh aku tak nak sakitkan hati Farid tapi aku tak boleh terima dia lagi. Aku nak cuba untuk terima dia tapi sukar. Setiap kali aku tidak mengangkat panggilan dan tidak membalas massage dia, hatiku terasa terkilan. Bukan mudah untuk membenci orang yang pernah kita sayang.

5th, aku nak ili balik rumah. Rindu sangat kat adik bongsuku itu.

6th, aku nak lepak dengan Yatee. Sudah  lama kami tidak berjumpa.

7th, aku nak beli buku baru. Tapi, bulan ni sahaja aku sudah beli 3buku.

8th, nak main sims. Sudah lama sangat aku tak main game kesukaanku itu.

9th, Sudah lama tak menonton wayang. Ada siapa-siapa tak, nak belanja aku gi menonton wayang, ikutlah cerita apa, asalkan tengok movie di srkin yang besar itu.

10th, nak menulis,nak menulis,nak menulis dan nak menulis.

Tuesday, April 20, 2010

Layan komen-komen diFB

Tidak jadi kerja dibuatnya. Aku duduk melayan kawan-kawan sekolahku di ruangan Face Book. Kutuk mengutuk memang itu wajib bagi kami, tidak sah kalau tidak mengutuk sesama kami. Apa yang dipostkan olehku pastinya menjadi perhatian oleh Pok Adi dan Pok Nik... Lawak sungguh mereka berdua tu, tidak pasal-pasal wall aku yang jadi peperangan kata-kata. Lucu, aku layankan aje. Adi sudah pun sign out dari ruangan Face book tu dan peperangan itu pun sudah selesai tapi Adi kurang setuju dengan apa yang aku komen dan disokong oleh Nik... hahahaha aku menang, Bro Adi. 

Di post keduaku, adik-beradikku dan Syahira yg peperangan kata-kata, bab hantu... pecah perut aku dibuatnya dengan komen-komen mereka yang entah apa-apa tu. Hohoho, hilang bosan kalau melayan karenah orang-orang yang rapat denganku. Kak Nur dan Ili sememangnya selalu buat aku ketawa.  Nak-nak kalau Ira ada...  hisy, riuh rendahlah jadinya. Adik beradikku sememangnya penting bagiku dan semangatku juga datang dari mereka.

Sudahlah itu, aku mahu berkarya, cukup-cukuplah itu berfacebook. Sudah banyak masa yang aku luangkan bersama face book. Enough FB!