Sunday, January 23, 2011

Belum sempat dan tiada masa untuk bersama blog

Cousinku suruh aku update blog, jadi aku updatelah sikit. Lately sibuk sangat, tak mahu sibuk untuk apa tapi yang pasti aku amat sibuk. Aku menyiap manuskrip aku yang kedua, mungkin itu yang buat aku sibuk.
Berfb? Aku online je, tp tak seriang dulu di Fb mungkin sudah bosan berFB dan mungkin jiwa tengah kacau. Yaler kacau dah nak masuk 3+0=30 thn. OMG 30thn? Tidak! itu hanya diangka saja, klu org tengok wajah aku jangan harap org nak percaya aku 30 thn, 13 thn adalah kahkahkahkah.. 13 thn? melebih perasan tu, 23 thn sudahhh.
Aku takde mood sebenarnya nak update blog, sungguh takde mood. Untuk lari dr moody itu, aku bangun pukul 11.30 pg. Aku jemur kain, lipat kain, masak, basuh pinggan dan main dgn Muqri... pukul 2.30 ptg baru aku menulis.
Dah lewat menulis, so aku kejar masa untuk siapkan 5page sebelum malam. Malam pulak tgk TV. 11.00 mlm baru aku memula menulis lagi, kejar masa lagi untuk siap 5page. Dgn itu, aku tiada masa untuk menulis diruang miakasih ini.
Aku choww dulu. Nnt ada luangan masa, aku cuba update lagi!

Tuesday, January 18, 2011

Bkn malas tp selalu tak ingat

Bukan saya malas untuk mencoret di sini, tapi selalu tak ingat dan tak ada kesempatan. Masa terlalu laju sehinggakan sukar untuk saya kejar. Masa yang ada saya tumpukan pada novel saya di window microsoft word

Di window microsoft word membuat saya leka dan kalau saya edit novel sy lagilah saya akan bertambah leka. Saya akan menulis apa sahaja yang saya rasa dan kadang kalanya leka itu membuat saya lupa untuk makan.

Dengan melayan alam fantasi saya, saya dapat melupakan masalah dalam alam realiti saya. Masalah saya teramatlah banyak dan macam-macam yang saya harus fikirkan. Masalah saya, jadi sayalah yang harus harungi dengan tenang, setenang yang mungkin. Jangan mengalah pada masalah dan setiap masalah pada ada penyelesaian. Kuat dan tabah, itu amat penting untuk ANNE KASIH MUSTAFFA.

Di Laman Facebook pula membuat saya riang. Di sanalah saya berbual dan bergurau dengan rakan-rakan yang sedia ada dan yang baru dijumpai setelah berkurun lama tidak berjumpa. Kawan sekolah permatang pasir, kwn yang amat lama hilang dari hidup saya dan kini ada kembali, alhamdulillah, mereka masih ingat pada saya.

Saya akan cuba untuk luangkan sesikit saya di sini tapi saya tak janji ;)

Wednesday, January 12, 2011

dah tahun baru.. tp!

Tahun baharu! Tahun 2011 tapi saya tetap begini, tiada yang berubah. Bukan saya tak cuba untuk ubahkan kehidupan saya, saya sudah banyak kali ubah hidup saya, tapi Allah masih tak izinkan berubahan hidup saya dan saya terima dengan redha. Tak apalah setidak-tidaknya saya masih menjalani kehidupan ini.
Saya tidak akan berputus asa dan saya akan terus bersemangat.
Tentang karya saya, saya akan terus berjuang dan saya akan menulis tanpa rasa jemu. Saya yakin dan sepenuh keyakinan saya yang saya akan berjaya. Saya akan berlipat gandakan usaha saya ini. Berputus asa saya akan detele dalam kamus hidup saya.
Saya akan dapat sesuatu di dalam tahun 2011. Saya bernekad dan akan terus berjuang!

Thursday, December 30, 2010

Selamat tinggal 2010 :(

Aku tak tahu nak mentafsirkan aku di tahun 2010, di umurku 29tahun. Aku rasa, tahun 2010 adalah tahun yang paling pantas, sepantas kuda berlari dan selaju LRT. Tak terkejar rasakan. Dalam kesihatanku, ia berkurang sesikit tapi tidak lagi sihat sepenuhnya. Dalam karyaku, entahlah... mungkin ada peningkatan yang awal dan peningkatan itu akan ditingkatkan lagi. Pasti aku akan jadi penulis seperti yang aku mahukan. Cinta masih dicari, untuk cinta bukan tangkap muat saja, aku mahukan cinta sejati.
Tahun 2010, tahun yang amat sedih bagiku, mungkin bagi keluargaku juga. Angah ku semakin kuat sakit, tidak bermaya untuk berjalan dan tidak secergas dulu. Hatiku terseksa dgn melihat keadaan angah dan tidak sangka ia akan berlaku. Tidak sangka dan benar-benar tidak percaya yang angah sakit. Lebih perit, angah sudah tiada, sudah tinggalkan kami sekeluarga. Itu yang membuat tahun 2010 afdalah yang paling terseksa untuk ku.
Aku harap tahun 2011, adalah tahun yang baik dan terbaik. Walaupun angah tiada bersamaku, tapi kasih sayang angah selalu bersama.
Pertengahan tahun 2010, mami sakit, sakit yang membuat mami susah hati dan kami sekeluarga turut susah hati. Aku tak sihat lagi, mami pula yang sakit dan aku doa sangat agar di tahun 2011 kami (aku dan mami) akan kembali sihat. May 2010 juga aku dapat anak saudara yang amat comel, Muqri Razin...
Tahun 2011 moga ada rezeki untukku amin.

Cuti free kerana Arena Sukan Bola Sepak

Tahniah pada pasukan Negara Malaysia. Akhirnya menang juga dan dapat membanggakan negara Malaysia. Syabas Harimau Malaysia, aku bukannya tahu sangat kisah sukan ini, lagi-lagi bola sepak. Tapi, papa dan Ijan tengok, so aku tahulah. Kalau tak tahu baik tak payah duduk Malaysia. Ambil tahu semua hal. Sekadar ambil tahu pun sudah cukup.

Kejayaan pasukan bola sepak Malaysia menewaskan Indonesia dengan agregat 4-2 pada perlawanan akhir Piala Suzuki AFF 2010 di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta semalam, sekali gus mengakhiri penantian negara selama 14 tahun untuk memenangi piala itu.. Benar-benar membanggakan. Sudah bagus dan mantap pasukan bola sepak negara Malaysia. Aku sungguh bangga dengan mereka.

Dengan kemenangan mereka itu, kami rakyat Malaysia dapat cuti. PM yang luluskan. Aku tumpang gembira bagi mereka yang bekerja dan aku hanya bekerja di rumah saja, tidak bermakna apa-apa pun. Tapi dengan cuti itu, aku ke perak rumah Abang Is dan Kak Nur.

Yes! dapat jumpa Danish, Danial dan Dahlia, 3D... kesayanganku. Awal pagi esok insya ALLAH aku,mami,papa dan Baby Muqri akan ke sana.

Best! Best! Best! Sungguh teruja!

Tuesday, December 28, 2010

Sunyi itu indah, tp aku rasa sunyi itu menyakitkan


Rindu mereka sangat-sangat!




Kini rumahku dah kosong betul-betul kosong. Yang ada hanya aku, mami, papa, ira, ijan dan si kecil Muqri. Kak nur, kakak sulongku sudah pu berpindah ke Lumut. Tiada lagi, Danish, Danial dan Dahlia. 3 tahun mereka tinggal di rumah mami dan kini mereka pergi tinggal kesunyian padaku. Sungguh sakit aku rasakan! Sakit rindu pada kak nur dan anak-anak buahku. Tak bermaya aku rasakan.
Pagi-pagi tiada budak comel yang menggejutku dari tidur. Tiadalah yang nak merebut tengok TV, tiada yang nak menyuruh bakar roti, tiada yang nak mintak susu dan semuanya tiada. Sedih hanya Allah yang tahu. Ini kenyataan hidup, ini lakaran hidup dan ini putaran hidup,nak atau tak aku harus terima walau sakit.
Hari ini dan akan terus kekal begini. Tak tahu bilah rumah yang besar ini gamat semula dengan suara Danish,Danial dan Dahlia. Yang pastinya di musim sekolah mereka akan balik ke rumah ini tp tak lama seperti tinggal di sini. Yang pasti, Kasih sayang aku pada Danish,Danial dan Dahlia tak mungkin berkurangan. Mereka tetap kesayanganku, mata hatiku, keriangan dan syurgaku.
Mujur ada Muqri yang boleh meriuhkan rumah iini dengan gelak ketawa dan tanggisan. Muqri riangan di rumah ini. Muqri pun rindukan abang2 dan kakak, tapi nak buat macam mana abang2 dah nak sekolah dan harus ikut daddy dia orang. Nanti dapat juga jumpa, Kak Nur dan semua pasti akan selalu balik. Pasti tentang itu!

Sunday, December 26, 2010

Cepat sungguh

Masa kini terasa tak terkejar aku, cepatnya hanya Allah saja yang tahu. Cepatnya masa sehinggakan aku tak dapat curi masa untuk update blog ni. Sibuk berkarya, sibuk berFB dan sibuk BerYM. Masa yang laju ataupun aku yang pandai mencuri masa. Entahlah.

Well, aku banyak betul masa yang aku lalui untuk dikongsi bersama kalian. Cerita sedih mahupun cerita bahagia. Sebulan bulan November, ma aku ada datang rumahku dan tinggal du rumahku selama sebulan. Tenang sungguh ma di sini, tapi ma bukan boleh tinggal lama-lama di rumahku. Ma balik ke kelantan.

Bulan November yang lepas, kawan baikku di zaman kanak-kanak sudah pun kahwin. Selamat sudah. Aku happy untuk Sally dan suaminya, semoga bahagia hingga ke ahkir hayat. 28 November juga, alu ada buat surprise party untuk Yatee, kawan baikku. Best. Biasalah kami, karaokelah kerja kami. Dia betul-betul tidak sangka yang aku nak surprise party untuknya, kata pun nak surprise. Seronok dan best!

Akan aku lakukan lagi surprise party untuk orang yang aku sayang ;) Pasti!