Wednesday, November 24, 2010

Cuba genre Novel cinta islamik

Aku berface book dan aku terlihat Face Book Alaf 21 yang mahu meramaikan penulis genre islamik dan aku cuba untuk menulisnya. Nampaknya aku suka menulis dan berkarya di dalam genre ini, mungkin secara kebetulan aku aku di masa ini banyak membaca novel cinta islamic.
Aku menulis novel islamik ini dan mahu menghantar kepada Alaf 21 'Nur', harap-harap diterima. Aku menulis apa sahaja yang terlintas difikiranku dan aku ada masukkan potongan ayat-ayat suci Al-Quran. Aku harapkan agar aku selesa dengan genre ini. Aku mahu jadi genre ini genre yang tetap di dalam penulisanku.
Sekarang ini, aku banyak membaca dan memexplore genre novel islamik ini. Walaupun begitu, aku tidak akan memhadkan dunia penulisanku, aku akan menulis di dalam genre cinta biasa juga. Aku tidak pandai menulis genre lain, selain cinta. Mungkin kerana aku ini jiwang karat kut. Entahlah. Ataupun aku ni suka sangat membaca, memonton dan mendengar cerita cinta, argh tidak kisahlah, yang pasti aku suka menulis genre cinta. Hanya genre membuat aku ada idea.
Okeylah, aku mahu berkarya yang dihenti untuk menulisblog ini. Emm, tidak tahu bila pula aku akan mengupdate blog ini. Masaku terhad dengan menulis. Kalau aku boleh memcuri masaku sendiri, aku akan menulis lagi di sini. ;))

Wednesday, October 27, 2010

Perginya seorang yang tersayang.

Aku tidak berdaya untuk mencoret di ruang ini. Mungkin kesibukan yang membuat aku jarang menulis di sini. Aku tahu, hendak mengupdate ruang tidak pernu masa yang lama, tetapi mungkin aku yang tidak pandai berbahagi masa.
6 oct 2010, tarikh yang paling sedih dalam hidupku. Angahku sudah kembali pada yang Pecipta. Aku amat terkejut dengan kepergiannya. Aku masih belum puas untuk hidup bersama angah. Angah segalanya untukku, dia sentiasa ada waktu aku perlukannya. Aku bebas cerita apa sahaja, sepanjang aku di kampung, dia selalu temani aku dan yang pastinya kami akan makan dan menonton television bersama. Tapi, itu sudah pun menjadi kenangan yang terindah. Angah sudah pergi untuk selama-lama dan Allah lebih menyayanginya, aku harus akur dengan takdir Illahi. Redha untuk kepergian angah akan membuat angah aman di sana. Lagipun, angah terseksa dengan penyakitnya. Biarlah. Allah tahu apa yang Dia lakukan untuk umatNya dan aku harus biarkan angah pergi dengan hati yang terbuka.

Kasih sayang angah ada selalu bersamaku. Setiap saat aku akan mengingat dan merindui angah.. Al-Fatihah untuk angahku

Friday, September 24, 2010

Selepas Raya, tersikit lega dalam kerjaya, tapi dalam kehidupan hanya ALLAH yang tahu!

Sebelum raya, aku sudah pun selesaikan manuskrip sepenuhku dan aku sudah hantar pun ke Syarikat Buku Prima. Mudah-mudahan berjaya dengan jayanya dan kini aku sudah pun memulakan manuskripku yang ke dua dan mungkin yang ke tiga. Aku cuba untuk menyiapkannya secara serentak, benar berharap aku boleh menyiapkannya dalam masa 6 bulan. Boleh ke? Argh, aku cuba untuk menyiapkan. Selagi aku tidak berputus asa, selagi itulah ada kejayaan untukku, itu prinsipku. Aku akan terus berkarya, berkarya duniaku dan hidupku!
Di saat ini,Allah mengujiku dan keluargaku. Angah yang tidak pernah sakit walaupun cuma pening kepala tapi kini diduga dengan penyakit yang kuat. Aku tidak sanggup melihat angah di dalam keadaan seperti itu. Tapi apalah kekuasaanku untuk menolak takdir Illahi, mahu atau tidak aku redha dengan segala kemungkinan. Sekarang ini aku di Rantau Panjang menemani angahku dan memberi bantuan, walaupun aku sedar yang bantuanku ini tidaklah sebesar mana. Aku terus berdoa agar angah kembali sembuh seperti sedia kala, Amin!

Tuesday, September 7, 2010

'SELAMAT HARI RAYA!'


Raya datang lagi. Selamat hari raya pada pembaca blogku ini, ops, ada ke pembaca. Maaf jika saya lama tidak menulis di ruangan blog ini. Memang banyak cerita yang mahu dikongsikan, tapi keadaan yang tidak mengizinkan. Saya begitu sibuk dengan manuskrip yang mahu dihantar ke penerbit.
Hari ini saya akan pulang ke kampung halaman untuk menyambut hari yang mulia bersama keluarga tersayang. Kepada semua pembaca blog 'miakasih.blogspot.com', saya mengucap selamat hari raya aidifitri,mohon ampun jikalau ada perkataan saya menyinggung hati dan perasaan kalian. Saya insan biasa yg tidak lepas dr kesilapan, oleh itu maafkan saya...
Ini ucapan raya dari saya untukk kalian semua :-

Jika hati sebening air, jangan biarkan keruh. Jika hati seputih awan, jgn biarkan mendung. Jika hati seindah bulan, hiasi dengan iman. Di bulan yang mulia ini saya, Anne Kasih Mustaffa ingin memohon maaf atas segala kesalahan saya antara sedar ataupun tidak, secara sengaja mahupun tidak disengajakan. SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN.

Ramadhan akan tinggalkan ku

Ramadhan sudah hampir pergi meninggalkanku. Aku termenung seketika, adakah aku memenuhi Ramadhanku dengan ibadah yang cukup. Sayu untuk melepaskan Ramadhan ini pergi tapi Ramadhan akan pergi jua dan merelakan kepergian itu. Aku bertanya pada diriku, adakah aku akan bertemu lagi Ramadhan ini di tahun akan datang?

Kalau boleh, aku mahu lama di bulan yang mulia ini dan aku mahu beribadat tapi masa berlalu dengan pantas, mahu ataupun tidak aku merelakan Ramadhan yang mulia ini berlalu pergi. Aku benar-benar berharap agar aku dapat bertemu lagi dengan bulan yang mulia ini. Dengan sejujur aku merasakan bulan Ramadhan kali ini cukup pantas berlalu, bagaikan tidak sedar ia akan pergi tinggikan aku, ya dia akan terus pergi tinggalkaku dan aku akan merelakan kepergian itu.
Huh, selamat jalan Ramadhan!

Wednesday, August 18, 2010

Jumpa kawan di zaman kanak-kanak...

Rahmat ramadhan, aku bertemu kawan rapatku di sekolah rendah di FB ini,alhamdulillah! Rindu sangat pada Aida Adha. memang sudah lama sangat aku cari Aida, dia kawanku di sekolah rendah, SKK Kajang. Aku dengan dia cukup rapat kami kawan satu sekolah,kawan satu kelas 3,4 dahlia dan kawan satu bas 'cik mail'. Aku sudah lama request dia di tidak accept aku sebab dia tak 'cam' aku, yalah sudah hampir 20 kami tidak bertemu. Yang membuat dia tidak 'cam' aku sebabnya kini aku bertudung. Hehehe dulu aku liat untuk bertudung, kami pergi mengaji bersama, selepas sahaja mengaji aku akan tarik tudungku itu. Itu hanya di zaman kanak-kanak dan kini aku sudah tua. Tua ke?

Dulu ada juga kami pernah juga berutus surat dan bertukar gambar tapi semenjak dunia kami sudab beralih ke dunia remaja dan dewasa kami sudah mula sibuk, dengan itu kami terputus hubungan. Dengan tidak disangka kami bertemu di ruang Facebook. Aida sudah berkahwin dan ada anak seorang, lelaki. Aku tumpang gembira!

Yang pasti tahun ini : 20 oct, aku tahu di mana aku akan ucapkan, sudah tentunya pada Aida. Kalau sebelum ini, aku hanya sampaikan pada Yang Esa, suruh Dia kirim ucapan itu pada Aida. Kekadang facebook ini ada juga kebaikkan, yalah boleh temui kawan yang sudah bertahun kita cari. Aku amat senang dengan pertemuan ini walaupun hanya dia facebook.

Wednesday, August 11, 2010

Kerianganku bersama mereka!

Banyak pekara yang indah berlaku tap aku seakan tidak ada masa untuk berkngsi di sini. Masaku kina terlalu terhad. Aku banyak menghabiskan masa di Microsoft Word dan melayan fantasiku. Yalah, aku kan mahu menjadi penulis jadi aku cukup 8jam ku di medan penulisanku. Aku cukup seperti itu, jiwaku tenang dan aku akan tulis apa sahaj yang terlintas di kotak fikiranku.
Mahu cerita tentang hujung minggu lepas. Happening giler!Aku keluar bersama adik-adikku, Yatee dan Sara( Puteri kesayangan kawan baikku)
Kami pergi kareoke. Hem, macam-macam lagu yang kami nyanyi. Best sangat. Hilang kesepian di hatiku ini. Yatee pun nyanyi, hebat! Ira dan Eijan memang pantang pengang microphone, diaorang berdua itu bersuara penyanyi so tak hairanlah aku. Yang aku hairan dengan adik bongsuku, fuh dia bernyanyi siap dengan gaya sekali. Pergh, adik bongsuku itu kalau dah nyanyi penuh syahdu dengan pejam-pejam mata. Seronok betul, aku harap hari itu berulang lagi. Aku suka melepakan diriku bersama adikberadikku dan kawan baikku. Bagiku hanya mereka yang faham dan mengertiku.
Pada malamnya pula, aku pernah berniat untuk ke Icity bersama mereka dan malam itu jadi kenyataan. Kami ke Icity, seronok sangat dan sungguh cantik Icity itu. TApi, masa hendak pulang itu aku sudah tidak berdaya untuk berjalan balik ke parking jadi mereka tinggalkanku di banggunan yang pertama di Iciity itu. Aku menunggu mereka dalam 1 jam lebih. Walaupun lama tapi senorok, boleh lampu lama sikit ;)