Tup.. tup.. dah masuk tahun baru, banyak lagi misi aku yang masih belum selesai. Misi kesihatan, misi kebahagiaan dan misi kejayaan. Aku harap misi-misiku ini akan terlaksana pada tahun ini. Misi-misi ini dah kerap sangat aku bawaknya ke tahun-tahun seterusnya. Harap misi-misi kali ini tercapai dan tak payahlah aku bawak lagi ke tahun yang akan datang.
30. 12.2009 aku baru balik dari kampungku. Terlalu banyak yang terjadi pada tahun 2009. Ada yang suka dan ada yang duka. Yang paling banyak, aku rasa yang duka tapi aku terima segalanya dengan hati yang tabah dan tenang. Keadaan di kampungku amat menyedihkan, keadaan yang terjadi tidak pernah aku terfikir. Aku dapat terima segala keadaan yang berlaku dan aku yakin yang berlaku itu hanyalah mahu mengujiku sebagai manusia yang tabah dan kuat.
Memang betul kata orang, hidup ini umpama roda. Aku harapkan pada tahun ini, tahun 2010 aku akan lebih sihat, bahagia dan berjaya. 3 pekara itulah yang selalu aku mohon pada yang ESA.
Okaylah aku blah dulu. SELAMAT TAHUN BARU 2010!



Irwan satu-satunya kawan lelaki yang amat rapat dengan Mia Aryana. Dia seorang lelaki yang agak lembut tapi macho. Suka sangat mengusik Mia, adakalanya usikan Irwan cukup menyakitkan hati Mia. Irwan tidak terlalu sukakan hubungan cinta Mia dan Amir. Irwan rasakan yang Amir bukanlah lelaki yang sesuai untuk Mia. Walaupun begitu, Irwan amat menyayangi Mia sebagai kawan.







