Sunday, August 23, 2009

Panduan yang terbaik mengubat hati

Istimewa untuk hati yang sedang bersedih, jiwa yang sedang berduka, minda yang sedang berkecamuk,
inilah petua terbaik buat mengubat resah dan gundah:
Amalkan tasbih, tahmid dan takbir - Inilah petua yang diberikan oleh Rasulullah SAW kepada anaknya Siti Fatimah.

· Berdoa - Mohonlah kepadaNya. Ingatlah, doa itu senjata bagi orang mukmin.

· Sibukan diri dengan sesuatu - Lakukan aktiviti yang boleh melupakan segala kekusutan seperti perbanyakan membaca al-Quran & pelbagai bahan bacaan, terlibat dengan aktiviti usrah, kemasyarakatan dan sebagainya

· Luahkan perasaan anda - Bermacam cara boleh digunakan untuk meluahkan perasaan. Carilah seseorang yang paling anda percaya (sebaiknya yang ada pertalian darah atau orang yang arif dalam agama), menulis diari atau catatan harian, menulis blog dan sebagainya

· Senyum - Apabila berada dalam tekanan, cubalah untuk senyum. Senyumlah dihadapan cermin dan lihatlah diri anda yang sedang tersenyum. Ia mampu menenangkan fikiran dan hati

Memang begini yang selalu dilakukan.. Bersolat dan berzikir amat menenangkan hati yang sedang berserabut dengan pelbagai masalah.
- wallahualam -

Saturday, August 22, 2009

Huh.. kejutan yang diberikan!

Tiba-tiba kehidupan ini dikejutkan dengan keadaan yang ALLAH berikan. Terkejut sangat tapi dapat dikawal dengan perasaan yang cukup senang dan indah. Entahlah, hati ini masih tak pasti apa yang terisi. Biarlah masa yang menentukannya. Sudah malas untuk mengimpikan yang indah kalau diimpikan mungkin keadaan tidak akan terjadi seindah ini. Hari ini tak impikan apa-apa tiba-tiba indah yang datang dalam kehidupan ini.
Huh, alhamdulillah... suka sangat dengan keadaan ini tapi tidak mengharapkan apa-apa yang akan terjadi. Malas untuk mengharap, takut kalau-kalau harapan itu akan tinggalkan kesan yang menyakitkan di dalam kehidupan ini. Jadi, biarlah ALLAH yang menentukan apa yang berlaku nanti.
Kalau dengan kejutan ini, hidup ini bertukar menjadi indah dan berseri, bersyukurlah tapi kalau dengan kejutan ini kedukakan dan kelukaan akan tercipta maka bersedialah untuk menerima keadaan yang sukar itu.
Dalam hidup ini hanya ALLAH saja yang mampu untuk menentukan apa yang berlaku dan apa yang akan berlaku. Kita hanya bersedialah dengan sebarang kemungkinan yang terjadi.

Friday, August 21, 2009

Ikhlas ke kasih sayang yang diterima...


Orang sayang kita, kita kena menerimanya. Bukan nak tolak pulakan kasih sayang yang orang bagi tu. Kasih sayang itu bukan mudah untuk kita miliki. Kasih sayang yang ikhlas amat sukar, ada lagi ke orang yang ikhlas berkasih sayang ni. Kasih sayang dari lelaki maksudku kekasih hati, sampai bilalah kasih sayang itu dapat bertahan... setahun mungkin tebal lagilah kasih sayang tu, dua tahun dah mula beralih sikit, 3 tahun nak cakap sayang pun dah malas, 5 tahun tak tahulah ada lagi tak kasih sayang tu.
Mula-mula berkasih.. huh, saya sayang awak, saya pun sayang awak, saya sayang awak sangat2... pengalaman ini mesti berlaku lah pada semua orang. Indahkan kalau kasih sayang tu semacam kasih sayang yang seperti kita mula-mula terima. Kasih sayang yang tak berubah, adake? Ada.. kasih sayang seorang IBU. Kasih sayang seorang IBU tak mungkin akan berubah, walau sejahat mana pun anak itu, ibu akan menyayanginya dan memberi kasih sayang yang tak terhingga pada anak itu. Kasih sayang IBU amat ikhlas. Tiada yang dapat setanding kasih sayang seorang ibu...
IBU memang seorang yang ikhlas pada anaknya, ibu haiwan pun ada kasih sayang pada anak haiwan itu. Kita cakap ni, soal kasih sayang lelaki. Adakah keikhlasan kasih sayang yang diterima oleh perempuan itu dari kekasihnya. Ikhlas ke, sejauh mana kasih sayang itu. Entahlah memang sukar untuk menilai kasih dari seorang lelaki.
Tapi, ada je lelaki yang ikhlas. Tak semua lelaki tak ikhlas pada kasih sayang ini. Kalau tak de mungkin tak de la kebahagiaan. Jangan terlalu berikan nilai yang negatif saja pada lelaki, lelaki pun seorang insan yang baik di sisi ALLAH. Malah, lelaki ini dijadikan kalifah kepada perempuan untuk membimbing seorang perempuan. Lelaki yang ikhlas di dalam berkasih sayang. Dan, perempuan harus percaya yang kasih sayang yang diterima itu cukup ikhlas. Ikhlas... ikhlas ini biarlah ALLAH yang menilainya.

Lagu Cinta yang dulunya cukup indah...


Dato' Siti Nurhaliza - Tak Rela Berpisah Darimu


Dato' Siti Nurhaliza - Gelora Kasih
Suka denganr lagu2 ni, cukup tangkap syadu... Pernah delicate lagu pada lelaki pujaan pada satu masa dulu, kira2nya 10 tahun yang dulu. Waktu tu aku harap sangat hidup ini dapat kebahagiaan bersama lelaki itu tapi kini aku sudah tidak bersama lagi dengan lelaki itu. Dan, kini aku mengharapkan yang kebahagiaanku akan hadir dan memiliki kebahagiaan itu tuk selamanya. Untuk kebahagiaan yang baru itu sudah tentunya bersama orang baru!

Thursday, August 20, 2009

SELAMAT BERPUASA


Huh... kejap sungguh masa ni dah nak puasa. So, selamat berpuasa, tingkatkanlah amalan di bulan yang baik ini dan semoga ALLAH menerima segala amalan kita.
SELAMAT BERPUASA!

Tuesday, August 18, 2009

15 madah cinta

Jika suatu ketika dahulu kata-kata seperti HACKS (Hanya Aku Cinta Kau Seorang) atau CINTA (Cinta Itu Nikmat Tapi Awas!) cukup popular di kalangan remaja yang bercinta, kini disenaraikan pula 15 madah cinta yang dikatakan paling hangat sepanjang tahun ini.

Jika anda tidak mempercayainya, apa kata kamu cuba tujukan madah-madah cinta ini kepada insan yang kamu sukai dan lihat respon yang diberikannya. Jika si dia tersenyum sambil menatap wajah anda, itu bermakna kamu berjaya menyentuh hatinya.

1. Cinta tidak pernah meminta ia sentiasa memberi, cinta membawa penderitaan tetapi ia tidak pernah berdendam dan tidak akan membalas dendam. Di mana ada cinta di situ ada kehidupan. Manakala kebencian membawa kepada kemusnahan.

2. Jangan simpan kata-kata cinta kepada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia, kerana akhirnya anda akan catatkan kata-kata cinta itu di pusaranya. Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dimindamu itu sekarang selagi dia mampu mendengar dan tersenyum kepadamu.

3. Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat. Selepas menemui insan yang tepat itu, sudah pasti kita akan mengucapkan terima kasih di atas kurniaan yang tidak terhingga itu.

4. Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak lagi berada di sisi kita.

5. Jangan melarikan diri daripada cinta apabila ia berada di hadapanmu. Kerana suatu masa nanti, anda pasti teringat kembali akan cinta tersebut dan menyesali perbuatanmu itu.

6. Cinta bukan mengajar kita lemah tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat tetapi membangkitkan jiwa raga.

7. Cinta berupaya mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat dan kemarahan menjadi rahmah. Itulah kuasa cinta.

8. Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu. Tetapi lebih menyakitkan apabila anda mencintai seseorang tetapi anda tidak pernah memiliki kekuatan dan keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya.

9. Kadangkala kamu tidak menghargai insan yang mencintamu sepenuh hati hinggalah anda kehilangannya. Ketika itu sesalan sudah tidak berguna lagi kerana perginya tidak mungkin akan kembali lagi.

10. Cinta ibarat pasu antik yang sukar ditemui dan sukar untuk diperolehi. Tetapi ia cukup mudah untuk jatuh berderai sekiranya tidak dijaga dengan elok.

11. Cinta sebenarnya tidak buta. Cinta adalah sesuatu yang murni, luhur dan diperlukan. Apa yang buta ialah apabila cinta itu menguasai dirimu tanpa pertimbangan.

12. Kejarlah cita-cita yang diimpikan sebelum mencari cinta. Apabila tercapainya cita-cita, maka dengan sendirinya cinta itu akan hadir.

13. Setiap orang punya rasa cinta. Tetapi tidak semua orang pernah merasai cinta. Setiap orang pernah bercinta tetapi tidak semua yang berpeluang mengecapi bahagia.

14. Cinta itu apabila kamu bertemu dan membuat pilihan yang tepat.

15. Manusia tidak jatuh di dalam cinta dan juga tidak keluar daripada cinta. Tetapi manusia tumbuh dan membesar bersama cinta.


ihsan- gua.com

Andaian Cinta

Cinta tak semestinya bersatu. Cinta itu memang indah dan tiada yang seindah cinta. Tapi, bagi insan yang pernah terluka, cinta itu cukup menyeksakan dan cinta itu tiada keindahan hanya menyakitkan semata-mata. Tapi, di dalam agama, cinta itu amat suci dan cinta itu cukup penting untuk kehidupan. Dengan cinta kita akan memiliki kasih sayang dan semangat untuk kehidupan.
Cinta penting sangat ke? Kalau ditanya pada pasangan yang sedang enak bercinta akan menjawap yang cinta itu adalah nadi. Kerana cintalah hidup ini indah dan kerana cintalah hidup ini cukup hebat. Dan, ditanya pula pada yang sedang kecewa, pastinya cinta itu cukup membosankan dan racun. Hidup dengan cinta amat menderitakan...
Pelbagai andaian cinta yang diberikan... Cinta bukanlah segalanya tapi dengan cinta hidup ini akan berseri indah!
Di dalam buku yang berjudul Tafsir Al-Qur’an: Nikmatnya Cinta menerangkan: karena menghimpun ayat-ayat Al-Qur’an yang berbicara tentang cinta, kemudian dijelaskan uraian atau penafsiran­nya. Jadi, buku ini termasuk tafsir tematik yang dalam ilmu tafsir disebut tafsir maudlu’i.

Cinta itu diciptakan nikmat oleh Tuhan sebagai motor penggerak dalam kehidupan manusia. Karena cintalah manusia merasa nikmat dalam melaksanakan perintah dan menjauhi larangan Tuhan. Sebaliknya, manusia merasa gelisah sewaktu mengerjakan larangan dan melaksanakan perintah-Nya.

Dengan cinta pula manusia merasakan akrab, menikah dan tolong-menolong dalam pergaulan masyarakat. Cinta pula yang mendorong orang bekerja keras untuk memenuhi keperluan hidup diri, keluarga dan orang-orang yang dicintainya. Tetapi Tuhan mengingatkan agar mencintai sesama dan harta benda tidak melebihi cinta kepada-Nya agar meraih keselamatan dunia dan akhirat.