Monday, August 17, 2009

kecewa.. hati yang terluka..


Hati ini milik kita jadi jangan biarlah ia terluka disebabkan orang lain yang tak berhak keatas hati kita. Hidup ini untuk kebahagiaan. Seboleh-bolehnya carilah kebahagiaan itu untuk membuat hati ini bahagia dan indah...
Tak guna hidup jikalau membiarkan hati terluka. Hati ini menguasai kehidupan, apa-apa yang terjadi akan memberi kesab pada hati. Jagalah kehidupan dan jagalah kebahagiaan agar hati tidak dilukai. Hati milik kita dan kita berhak membahagiaan.
hidup didalam keadaan hati yang terluka amat menyakitkan. Oleh itu, jangan biar ia terluka tapi kalau ia terluka amat sukar diubati.
Sakit hati... mana ada ubat... mana ada doktor yang mebuat pil khusus untuk hati yang terluka tapi ALLAH S.W.T ada ubat yang amat berkesan tapi cukup jarang orang menggunakannya, alasan sibuk, tak sempat! Tapi, ubat yang diberikan cukup berkesan: solat... solat akan membuat ketenangan hati itu hadir tanpa diduga, membaca AL-QURAN itu amat berkesan. Jangan lalaikan diri ketika hati terluka yakinlah yang ALLAH akan sentiasa bersama orang yang terluka...

Sunday, August 16, 2009

Menanti sebuah jawapan..


Semalam lelaki yg cuba aku lupakan menghubungiku dan hari2 dia hubungiku. Aku jawap panggilannya dengan jiwa yg tak pasti... Sukar untuk membuat pengakuan tentang cinta ini. Memanglah untuk dicintai dan menyintai itu satu keindahan tapi takut kalau- kalau dikecewakan kali yang ke berapa pun tak pasti...
Cinta,kasih sayang, rindu amat indah dan paling indah kalau ada orang yang confirm menyitai, merindui dan menyayangi kita tanpa dipaksa tapi itu semua cukup sukar untuk kita miliki. Kalau memiliki itu semua pun mungkin di dalam masa yang amat panjang. Letihlah dengan semua itu!
Menanti sebuah jawapan.. jawapan yang membahagiakan, jawapan, yang menderitakan hanya ALLAH saja yang tahu. Kita sebagai manusia mahukan semua jawapan itu di bawah laungan yang cukup menceriakan hidup kita dan cukup membahagiakan hati kita tapi itu semua terletak pada yang ESA.
Menanti sebuah jawapan itu cukup menyeksakan... kita tak tahu apakah jawapan itu nanti dan jawapan itu akan membawa impak yang cukup besar bagi kehidupan. Kalau jawapan itu bahagia pasti itu impak yang amat dinantikan, ia akan membuat hidup ini bahagia,tenang, ceria dan ia cukup membuat hidup ini bersemangat. Tapi, kalau hidup ini menerima jawapan yang derita itu cukup membuat dunia ini lemah untuk meneruskan kehidupan. Dengan jawapan yang derita itu hati,perasaan,jiwa dan hidup ini akan berasa cukup seksa, duka, sunyi, malang dan apa-apalah yang menderitakan hidup ini. Emm, tapi sebagai manusia haruslah menerima segala keputusan yang ALLAH tentukan pada kita. Hidup yang bahagia itu kan membuat hidup bersemangat tapi jangan bila derita tiba hidup akan diredup malang. Sebagai manusia kita mampu untuk membuat yang terbaik dengan berdoa dan berusaha. Jangan sesekali berputus asa!

Thursday, August 13, 2009

PISAU CUKUR...

film yang cukup perfect... Mesti, sure, pasti, confirm gi tengok.. FAZURA, Liyana Jasmin, Nabil... Huh.. tak sabar nak tunggu... Memang dah lama Fazura tak berlakon film
Tapi, aku bukan pisau cukur...aku perempuan yang menggunakan pisau cukur tu untuk termpat tertentu hehehe...

Kahwin...





Suka tengok episod 3r kali ni, Stressnya Belum Kahwin (Part 2). Dulu fikirlah hal-hal kahwin ni tapi sekarang macam malas nak fikir. Kalau ada jodoh pasti akan kahwin. Tapi, ALLAH kan sudah menjanji yang setiap manusia pasti ada pasangan masing-masing. Umur 25 ke, 28 ke, 30 ke tak kisah lah, asalkan kahwin. Kahwin tu sunnah NABI. Kahwin itu pekara yang mulia tapi kalau xde jodoh lagi macam mana nak kahwin.
Kata orang hidup single ni lebih baik dari perkahwinan yang tak bahagia, perkahwinan yang bermadu dan perkahwinan yang permalahan. Tapi, tak semua perkahwinan itu malang...

Pengertian Perkahwinan:
Firman Allah: Ketahuilah dengan mengingati Allah itu memberi ketenangan
pada hati suami isteri sama-sama mengerti maksud tersemi takdir ilahi
itulah zikir yang hakiki.

Binalah rumahtangga atas tapak iman
Tuluskan niat luruskan matlamat
suamiku, kaulah pemimpin menuju ilahi'
isteriku, kaulah permaisuri hati.....'
penyeri Islamku nanti muktamadlah akad
sahlah nikah dengan nama Allah
gerbang perkahwinanpun terserlah
Di atas tapak iman dirikanlah hukum tuhan
Iman itu tujuan Syariat itu jalan
Tempat merujuk segala permasalahan
Tempat mencari semua penyelesaian
isteriku, taatilah hukum Allah....
suamiku, patuhilah sunnah Rasululah s.a.w

Binalah hidup di neraca maaruf
Rumah jadi sambungan madrasah...
Seninya kerana solat...
Indahnya oleh munajat
Tapaknya ....iman
Jalannya ....syariat
Natijahnya.....akhlak

Tiga penjamin segala kunci kebahagian rumahtangga dan terciptalah: 'setia dan penyayang suami' 'cinta dan kasih isteri' lalu berbuahlah mahmudah demi mahmudah yang melahirkan..... Soleh dan solehah.
Bila dah sampai usia 24-25 ni memang tak boleh lari dari
dihujani persoalan jodoh dan perkahwinan. Apalagi ditambah dengan
sahabat seorang demi seorang mula menamatkan zaman bujang yang tak
akan berulang kembali. Tapi, kini sudah 28 tahun... Soal bila nak kahwin tu dah bukan isu lagi...
Teringin nak berkahwin tapi belum sampai jodohnya.. Jodoh ni rezeki itu di tangan ALLAH. Hanya ALLAH yang tahu bila jodoh ini akan hadir

Kesunyian hanya sementara saja..

Hidup ini adalah sementara dan yang datang pun pasti bersifat sementara. Janganlah terlalu runsing sangat dengan perkataan sementara. Apa-apa yang berlaku ini tak akan selamanya. Macam-macam hidup ini ditempuhi, kedukaan,keseorangan,bersendirian... yang nyata SUNYI. Kawan-kawanku mungkin bahagia dengan kehidupan mereka dan mungkin tiada kesunyian lagi dalam hidup mereka.
Memang sunyi ini kadang-kadangnya membuat dunia ini luka dan suram. Kerana kesunyian juga hidup ini airmata cukup mudah untuk mengalir tapi apalah hak kita usir kesunyian itu di kala ia dara dalam kehidupan ini. Kesunyian itu adakalanya mengasyikan, dengan kesunyian ia memberi ruang pada diri ini untuk mengenali erti kehidupan yang sebenarnya. Jangan salahkan kesunyian kalau ia membuat kita menangis dan sayu kerana ia tidak akan hadir jikalau kita yang menjemputnya datang. Jangan biarkan diri dilanda kesunyian kelak kita akan tergelam dengan kesunyian tanpa kita pandai untuk mengawal keadaan yang menlanda kehidupan kita sendiri.
Hidup dengan kesunyian, mungkin dengan kesunyian kita diberi kesempatan untuk berbicara dengan diri sendiri, untuk mengenali siapa sebenar kita di dunia ini dan dengan kesunyian itu akan membuat kita tenang dan damai... Ya damai itu yang tepat bila dikaitkan dengan kesunyian.
Tapi, yakin yang kesunyian ini tak mungkin kekal lama. Ia akan pergi dan digantikan dengan keriangan dan keriuhan. Keriangan dan keriuhan.. emm, suasana itu mungkin tak mengsayukan akan hati ini tapi ia membuat kehidupan ini bertukar menjadi sebuah yang indah, sesuatu yang diimpikan dikala kesunyian. Ahh, kesunyian itu tidak mungkin kekal lama dan ia hanyalah bersifat sementara saja. Yakinlah yang kesunyian akan bertukar dengan keadaan yang lebih membahagiakan hidup ini.

Sunday, August 2, 2009

Matlamat Cinta...

Sedang bercinta matlamatnya semestinya untuk berkahwin, untuk membahagiakan pasangan masing2, untuk mencari keserasian dan untuk teman menemani. Tapi, adakah matlamat itu akan kekal. Matlamat itu mungkin untuk sementara waktu, bila kita dah dapat matlamat itu akan kita tak kan jaga lagi matlamat itu.
Kalaulah setiap insan menjaga matlamat itu mungkin dia tak akan sia-siakan matlamat itu. Orang yang cuba memikat... matlatmatnya untuk mendapat cinta tu tapi klu dah dapat adakah ia menjaga cinta itu.
Cinta itu susah dan sukar diramal mungkin sebab itulah matmalat dalam cinta tak kan kekal.. Matlamat cinta memasti kedua-dua matlamat yang sama kalau matlamat pasangan bercinta itu berlainan untuk ia tidak akan membawa erti apa-apa...
Matlamat cinta itu penting tak kiralah sama ada kita dalam percintaan, pertunangan dan perkahwinan. Kekalkanlah matlamat cinta itu sekira sudah memilki cinta yang abadi. Janganlah sesekali kita mematikan matlamat cinta. Kerana dengan matlamat cinta itu kita akan terasa lebih yang yakin untuk menuju matlamat cinta yang lebih bahagia!

Tuesday, July 28, 2009

Hidup tidak seindah mana...



Bosan dalam hidup yang tiada teman yang setia. Tapi, mungkin itu lebih baik dari hidup ditemankan oleh lelaki yang tak pandai menjaga hati. Biarlah... mungkin hidup bersendiri lebih membahagiakan. Hidup berdua pun tak pasti dapat kebahagiaan...
Hidup ini bukannya selalu secerah matahari dan hidup ini juga bukan selalu redup... Tak biasa sangat hidup ini beubah secara tiba-tiba. Tak nak tak terima je. Tak usah nak fikir byk2, ia tak akan mengubahkan apa-apa pun dalam hidup ini, lagi buat pening kepala adalah... senang cerita redha je dengan apa yang terjadi...
Masa hidup bahagia...
bila kebahagian datang!!! huh, nikmatnya hanya ALLAH yang tahu, bersyukur atas kebahagiaan itu tapi kekal ke? Bagaikan tak nak lepas kebahagiaan itu pergi.. berdoalah kebahagiaan kekal itu kekal sampai bila-bila tapi emmm... kebahagiaan tak selalunya ada.. tak perlah at least terasa juga bahagia... hahahahaha
Bila bahagia...
menikmatilah kebahagiaan tu dengan hati yang riang, senang, best, senyum yg berpanjangan, ketawa dan apa yg kita lakukan pastinya terasa semangat. Nak tiduk pun terasa syg, yalah hidup dah bahagia apa guna lagi mimpi, mimpi tu hanya mainan dan hidup yang bahagia ini adalah keyataan yang pasti. Huh, seronok bahagia. Lagi-lagi kalau bahagia itu wujud kerana cinta, huh bestnya. Alhamdulillah, bahagia...
Untuk menikmati kebahagiaan itu, kita akan selalu berdoa agar kebahagiaan kekal utk selamanya. Nak sangat bahagia tak kan ke mana-mana. Kalau boleh nak menjaga kebahagiaan ini agar ia terus bahagia... Solat hajat memohonkan kebahagiaan ini kekal.. Doa yang tak putus umpamanya bagaikan siraman ke alam bahagia agar ia mekar sentiasa dan tak akan layu...
Emm, tapi itu bukan untuk selamanya...
kekecewaan,kedukaan,kelukaan datang tanpa diduga. ia tak dijemput pun tiba-tiba datang. Kedatangannya itu cukup menyeksakan. Kehadirannya bagaikan membunuh keindahan yang ada. Uhh, tabah itulah yang selalu dimohon bila keadaan yang tidak diingini berlaku. Saat begini airmata cukup mudah untuk mengalir.. Mungkin masa kelukaan ini berlaku akan terfikir apa dosa dan salah, entah...
Hidup ini memang tidak seindah mana... redha je la terima apa yg terjadi. Tenang! Itulah yang harus kita lakukan bertenang dan yang paling benda SABAR. Dengan kesabaran hidup akan lebih senang untuk kawal...